Penyokong PN bersikap biadab, pamer karikatur sindir pemimpin Kerajaan MADANI

TAPAH – Penyokong Perikatan Nasional (PN) yang hadir ke lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pagi ini dilhat bersikap biadab serta tidak menghormati pemimpin kerajaan.

Tindakan terbabit dapat dibuktikan apabila terdapat sekumpulan penyokong PN membawa sepanduk karikatur mengutuk serta menyindir barisan Kabinet Kerajaan MADANI.

Ia  merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu, tidak seharusnya PN bersikap sedemikian berikutan agama tidak pernah menyuruh umat Islam membenci antara satu sama lain.

Turut kelihatan berkumpul bersama penyokong PN adalah Ketua Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; dan Ketua Pemuda PN Perak yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri.

Terdahulu, PN akan memberikan keutamaan kepada kempen media sosial yang dilihat lebih mudah dan berkesan untuk menjangkau khalayak lebih ramai, berbanding kaedah konvensional seperti ceramah umum sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning di Perak.

Sanusi berkata, kaedah baharu kempen melalui media digital juga dilihat lebih senang, dengan kadar capaiannya lebih ramai.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Mohamad Yusri Bakir yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, 54.

Bekas guru dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu akan berdepan saingan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah seramai 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen