Jenayah rentas sempadan perairan negara catat penurunan – Maritim Malaysia

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar insiden jenayah maritim di negara merekodkan trend penurunan, hasil kerjasama rapat Maritim Malaysia bersama Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pengarah Agensi Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kejayaan itu membabitkan aktiviti penyeludupan manusia, pemerdagangan orang, pencerobohan nelayan asing serta penyeludupan dadah.

Kata beliau, perkembangan itu mencerminkan keberkesanan kawalan keselamatan di perairan negara yang sebelum ini kes terbabit menjadi antara ancaman utama di kawasan perairan Malaysia.

“Saya boleh katakan bahawa keselamatan perairan kita sangat aman dan terkawal. Walaupun terdapat insiden (jenayah), tetapi boleh dikatakan insiden ini menunjukkan trend penurunan dari semasa ke semasa.

“Situasi ini mencerminkan bahawa Maritim Malaysia yang turut dibantu pasukan sahabat yang lain seperti Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia misalnya, menjalankan tugas yang cukup baik dalam memastikan keselamatan perairan negara tidak diceroboh,” katanya ketika ditemui media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Rosli berkata, pasukan keselamatan menjalankan tugas dengan baik selain bantuan daripada aset dimiliki bagi memastikan perairan negara tidak diceroboh.

Katanya, insiden-insiden yang berada di bawah pemantauan Maritim Malaysia kini berada dalam kawalan dengan keupayaan aset yang dimiliki.

“Aset seperti Bot Perkasa 36 dan Bot Benteng 2 berupaya beroperasi pada kelajuan tinggi untuk misi pemintasan dan penguatkuasaan di sempadan perairan.

“Selain itu, Mobile Surveillance Unit (MSU) dengan teknologi radar, Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan komunikasi bergerak bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ maritim negara, memberi gambaran hampir masa nyata dalam operasi,” katanya.

Tambah beliau, helikopter Dauphin AS365 N3 pula menyokong misi penguatkuasaan udara termasuk rondaan maritim, pemindahan perubatan (MEDEVAC) serta operasi menyelamat mangsa (CASEVAC).

“Pasukan Perenang Penyelamat (PRS) yang ditubuhkan sejak 2008 menjadi aset anggota berkemahiran tinggi dalam menyelamatkan nyawa di laut.

“Kita tetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk memastikan indeks jenayah maritim sentiasa terkawal dan setakat ini, ia berjaya dicapai dengan penurunan insiden dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia buat julung kalinya mempamerkan Bot Kelas Ibrahim pada perbarisan Hari Kebangsaan 2025 yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dibina oleh Royal Boat Hangar Johor.

Beliau memaklumkan, bot berkenaan yang diperbuat daripada aluminium marin berkualiti tinggi, mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang menekankan ketahanan serta kestabilan.

“Penyerahan bot ini pada 6 Mac lalu menjadi simbolik kepada komitmen Yang di-Pertuan Agong dalam menyokong usaha Maritim bagi memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi.

“Berukuran panjang keseluruhan 12.6 meter dan lebar maksimum 3.5 meter, bot ini dikuasakan oleh tiga enjin Mercury OBM (outboard motors) berkapasiti 300 kuasa kuda setiap satu. Bot itu ialah pinjaman tanpa kos bagi tempoh lima tahun dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempertingkatkan keupayaan rondaan serta operasi Maritim.

“Bot ini juga boleh mencapai kelajuan maksimum 56 knot dan kelajuan pelayaran optimum ialah 40 knot, sekali gus menjadi bot pemintas berkelajuan tinggi yang berupaya beroperasi secara optimum,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16