Jenayah komersial meningkat 83 peratus

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian melibatkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu lebih RM1.2 juta setakat 7 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka pada minggu ke-27 ini merekodkan nilai kerugian tertinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Statistik mencatatkan angka kerugian bagi kes jenayah komersial telah mencecah RM1,207,620,852.73 bagi tahun 2024.

“Jumlah ini sekali gus merekodkan peningkatan ketara jika dibandingkan dengan RM660,886,627.91 yang direkodkan bagi tempoh sama tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, nilai kerugian tinggi ini susulan daripada jumlah kes yang telah mencatatkan kenaikan.

“Sejumlah 15,500 kes jenayah komersial telah direkodkan bersamaan dengan purata 65 kes sehari bagi tempoh sehingga 7 Julai pada tahun ini.

“Secara perbandingan, jumlah kes meningkat 34 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 11,546 kes,” katanya.

Menurutnya, peningkatan kes ini merupakan cabaran yang menuntut komitmen tinggi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJK dalam memerangi jenayah berkenaan.

“Sehingga kini, ia telah dapat ditangani dengan baik dan telah dizahirkan melalui 5,559 kertas siasatan yang telah berjaya dituduh pada tahun ini.

“Kadar pertuduhan ini malahan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun 2023 yang mencatatkan sejumlah 2,218 pertuduhan,” katanya.

Ramli berkata, peningkatan kes jenayah komersial ini turut memerlukan kerjasama komitmen bersama dengan masyarakat khususnya dari aspek pencegahan.

“PDRM menyeru penglibatan setiap lapisan masyarakat untuk sentiasa cakna dengan pelbagai taktik terkini jenayah berkenaan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

“Selain itu, masyarakat turut dituntut agar mengambil bahagian dalam pelbagai usaha pencegahan jenayah komersial yang sedang dijalankan,” 

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang