Balik Pulau syurga durian lebih 30 variasi

BALIK PULAU – Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.

Selain rakyat tempatan, pekan kecil yang terletak di belakang Bukit Bendera dan menghadap Selat Melaka itu turut menjadi tumpuan pelancong luar negara yang tidak mahu ketinggalan merasai keenakan lebih 30 variasi durian yang terdapat di situ.

Musim durian dirai bagaikan pesta apabila puluhan gerai jualan boleh dilihat di sepanjang jalan dengan rata-ratanya dipenuhi pelanggan yang ingin mendapatkan durian segar dibawa terus dari dusun berhampiran.

Pemilik Wong Durian House, James Wong, 59, berkata, dia menerima ramai pelancong antaranya dari China, Hong Kong, Indonesia dan Singapura sejak memperkenalkan konsep pelancongan agro di dusunnya tiga tahun lepas.

“Konsep makan di dusun mendapat sambutan menggalakkan terutama pada hujung minggu.

Saya harap satu hari nanti dapat besarkan ruang untuk pelanggan dan tambah baik lagi fasiliti serta kemudahan untuk keselesaan orang ramai,” katanya ketika ditemui Bernama di dusunnya di Sungai Pinang di sini.

Menurut Wong, dusun berkenaan diusahakan datuknya sekitar 1920-an dengan permulaan hanya 50 pokok durian dan telah mencecah 150 pokok pelbagai jenis antaranya Capri, Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, D2, D14 dan D15.

Kini, Wong Durian House diuruskan generasi keempat iaitu anak lelakinya Wong Yon Wen yang membantu promosi melalui media sosial.

Peniaga durian di Anjung Indah, Mohd Fazli Abdul Rahman berkata, musim durian di Balik Pulau unik dan istimewa berbanding di kawasan lain disebabkan pelbagai variasi buah.

“Tempat lain mungkin ada dua, tiga jenis durian tetapi Balik Pulau ada lebih 30 jenis.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan