PM luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Omar Suleiman

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman di kediamannya.

Menerusi catatan di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia Barat.

“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.

Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR – Seramai 175 aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) termasuk 10 rakyat Malaysia disahkan sudah dibebaskan selepas ditahan tentera Zionis ketika misi berkenaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf