Jemaah haji dan umrah dinasihat patuh undang-undang Arab Saudi

KANGAR – Bakal jemaah haji dan umrah dari Malaysia dinasihatkan agar mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan ibadah di negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pematuhan terhadap undang-undang adalah penting bagi memastikan kelancaran ibadah serta menjaga nama baik negara.

“Kita rakyat Malaysia terkenal sebagai rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang, apatah lagi dalam konteks ibadah haji dan umrah.

“Adalah penting untuk jemaah kita mengimbangi antara pelaksanaan ibadah dan pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Prapelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri / 2025 Masihi di sini, hari ini.

Mohd. Na’im diminta mengulas mengenai laporan media antarabangsa baru-baru ini berhubung larangan visa sementara oleh Arab Saudi terhadap 14 buah negara menjelang musim haji akan datang.

Negara-negara terbabit termasuk Pakistan, India, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman dengan sekatan meliputi visa umrah, perniagaan dan keluarga sehingga pertengahan Jun depan.

Menurut Mohd. Na’im, pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berkaitan keterlibatan jemaah Malaysia yang tinggal lebih masa atau ‘overstay’ sepanjang musim haji lalu.

“Alhamdulillah, berdasarkan statistik dan data rasmi kerajaan Arab Saudi, Malaysia tidak termasuk dalam senarai hitam 14 negara yang mempunyai jemaah overstay,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, dalam pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfig Fawzan Mohammed Al-Rabiah, pihak Arab Saudi memuji disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh jemaah Malaysia.

Katanya lagi, prestasi cemerlang ini perlu dikekalkan dan beliau menyeru semua jemaah supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang negara tersebut.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar