Jawatankuasa Pemantauan Prestasi ditubuh, ‘pengawas’ kepada wakil rakyat Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mengumumkan Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Prestasi wakil rakyat dalam kalangan Pemuda UMNO bagi memastikan mereka menjalankan amanah dengan bertanggungjawab.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan, jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Setiausaha Pemuda, Hafiz Ariffin itu akan berperanan dalam memastikan setiap wakil rakyat di kalangan Pemuda UMNO mesti mencapai KPI ditetapkan oleh jawatankuasa dari semasa ke semasa.

“Semua akan ada report card (kad laporan) untuk kita menilai sama ada prestasi mereka cemerlang atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu Akmal berkata, bagi mereka yang berhajat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat pula, satu aplikasi dibangunkan supaya orang ramai boleh menyalurkan aduan-aduan terutama dalam isu-isu membabitkan lokaliti di sesuatu kawasan.

Menurutnya, mereka boleh tampil untuk membantu dengan melihat masalah-masalah yang berlaku dengan menyalurkannya kepada Ketua-Ketua Pemuda Bahagian di kawasan mereka.

“Jika ada masalah yang berlaku tidak dapat diatasi, ia sekurang-kurangnya boleh mempermudahkan urusan yang perlu diselesaikan.

“Untuk yang berhajat menjadi wakil rakyat pula, buat Pemuda Bahagian mahupun Cawangan, kita akan melancarkan ‘app’ yang boleh dimuat turun oleh semua orang, bukan sahaja ahli parti semata-mata.

“Menerusi ‘app’ ini, orang ramai boleh membuat aduan berhubung permasalahan mereka dan isu-isu yang bersifat lokaliti, dan barisan Pemuda perlu segera tampil membantu menyelesaikan aduan-aduan ini,” katanya.

Kata Akmal, Pemuda UMNO hanya mahukan mereka betul-betul dapat dilihat dan dinilai samada mereka berwibawa untuk menjadi seorang ‘Yang Berkhidmat’ atau sebaliknya.

“Kalau ada aduan di tempat anda semua di dalam ‘app’ ini, tetapi tiada respons daripada Pemuda, jangan mimpi, jangan mimpi, jangan mimpi untuk menjadi wakil pemuda Umno Malaysia. Jelas?” tegasnya.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda