Hospital Pantai Ayer Keroh cipta nama pertama berjaya dalam pembedahan robotik Da Vinci Xi

AYER KEROH – Hospital Pantai Ayer Keroh di sini telah berjaya melakukan pembedahan pertama dengan menggunakan sistem pembedahan bantuan robotik canggih iaitu Da Vinci Xi.

Kejayaan itu dicapai menerusi pembedahan prostatektomi ke atas pesakit kanser prostat di mana, pembedahan itu membabitkan prosedur membuang ‘prostate gland’, ‘seminal vesicles’ dan ‘lymph nodes’.

Perunding Urologi yang menjalankan pembedahan berkenaan, Dr Yang Jin Rong berkata, dengan sistem pembedahan bantuan robot Da Vinci Xi, pakar bedah dapat melakukan pembedahan dengan lebih tepat dan stabil.

“Ia termasuklah dapat mengurangkan kehilangan darah, mengurangkan kesakitan dan pemulihan yang lebih cepat kepada pesakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata, sistem Da Vinci Xi memberi impak besar dalam sistem kesihatan kerana ia dapat menggabungkan kepakaran pakar bedah dengan ketepatan robotik dalam pembedahan.

Katanya, sistem itu juga mempunyai kecekapan luar biasa dan mampu melangkaui batasan tangan manusia.

“Hospital Pantai Ayer Keroh adalah yang pertama di Melaka memperkenalkan sistem pembedahan bantuan robotik Da Vinci Xi yang canggih.

“Dengan memperkenalkan Da Vinci Xi, kami membawa teknologi pembedahan terkini ke Melaka.

“Ini dapat membantu pesakit mendapatkan rawatan lebih baik, selain ia juga berupaya meletakkan satu aras baharu dalam kejayaan pembedahan,” katanya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China