Jangan khayal pemimpin Melayu selamanya jaga nasib bangsa – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Orang Melayu perlu memupuk sikap kebergantungan kepada diri sendiri tanpa mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu yang semakin ‘hanyut’.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, sesetengah pemimpin Melayu tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai ketua sehingga nasib bangsa Melayu seolah-olah hilang arah tuju.

“Orang Melayu hari ini perlu ada sikap kebergantungan kepada diri sendiri di mana harus menjadi cekal dan berani menghadapi masalah serta cabaran.

“Tidak boleh lagi bergantung pada pemimpin kerana pemimpin Melayu tidak boleh diharapkan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Ibu Pejabat Putra pada Rabu.

Ibrahim yang juga merupakan veteran politik berkata, orang Melayu juga tidak boleh berfikiran selesa memegang prinsip bahawa nasib Melayu akan sentiasa terbela apabila dipimpin oleh bangsa sendiri.

Katanya, orang Melayu ini di Malaysia ini seperti “telur dihujung tanduk” ertinya telur itu boleh pecah dan jatuh bila-bila masa.

“Sebab selama ini pemimpin-pemimpin Melayu yang diharap memartabatkan orang Melayu tetapi apa yang dilakukan oleh mereka selama ini tidak lebih daripada “menang sorak kampung tergadai”, jadi inilah nasib Melayu.

“Nasib Mat Jenin yang akan menjadi kenyataan yang duduk dalam khayalan kononnya ada kuasa politik semua dipimpin oleh orang Melayu dan akan sentiasa merasa selamat tetapi hari demi hari makin reput kerana kekuatan sesuatu bangsa bukan ada ditangan pemimpin,” katanya.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda