Jangan seleweng fakta isu ‘tong gas ungu’

ISU ‘tong gas ungu’ kononnya bakal membebankan peniaga kecil adalah satu bentuk penyelewengan fakta oleh pembangkang yang merisaukan.

Perkara ini sudah dijelaskan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri bertanggungjawab, Datuk Armizan Mohd Ali juga sudah menerangkan secara terperinci.

Namun, beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan kewajaran untuk peniaga kecil menukar tong gas yang mereka gunakan.

Adakah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari tidak membaca segala penjelasan diberikan pihak berkaitan.

Dia yang juga Ketua Penerangan Pas melalui satu kenyataan menggambarkan bahawa arahan penggunaan ‘tong gas ungu’ itu seperti ‘rompakan’ oleh Kerajaan MADANI.

Untuk Ahmad Fadhli, kita ingin menawarkan penerangan paling ringkas supaya dia mudah faham dan boleh hadam maklumat ini.

Adakah kerajaan tidak membenarkan peniaga kecil menggunakan tong gas berharga RM26? Jawapannya ialah tidak benar sama sekali.

Peniaga kecil boleh terus menggunakan tong gas biasa selagi mana perniagaan mereka hanya memakai tidak lebih tiga tong gas sehari.

“Jika guna lebih daripada itu, dianggap berskala komersial dan tidak lagi layak menggunakan tong gas bersubsidi,” jelas KPDN.

Adakah peniaga dipaksa guna tong gas komersial? Tidak sama sekali. Walaupun sebenarnya tong gas subsidi disasarkan untuk kegunaan isi rumah dan peniaga kecil.

Persoalan seterusnya berkaitan permit untuk penggunaan lebih daripada tiga tong gas akan menyusahkan peniaga.

Tapi, sedarkah bahawa syarat permit ini sudah diperkenalkan sejak tahun 2021 ketika wakil Pas adalah sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.

Maka, secara mudah dan ringkas bolehlah kita sifatkan segala ‘kerisauan’ pasukan pembangkang itu hanyalah ‘stunt’ politik semata-mata.

Kepada peniaga kecil di seluruh negara, janganlah anda terasa bimbang dengan penyebaran dakyah tidak tepat oleh pihak tertentu.

Terus dapatkan maklumat tepat daripada KPDN supaya tidak berlaku salah faham hingga menjejaskan perniagaan anda.

Related Posts

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

TULISAN panjang oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Ta‘awun Siyasi Satu Penyelesaian’ cuba memposisikan Pas sebagai parti Islam yang bijaksana, fleksibel dan berprinsip tinggi dalam kerjasama politik. Namun di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan Awal Persekolahan: Bila angka mendedahkan kegagalan, bukan fitnah

KERAJAAN Negeri Terengganu sering bercakap soal kebajikan, pendidikan dan ‘keutamaan rakyat’. Tetapi angka tidak pernah pandai menipu. Data rasmi yang dihimpunkan dan divisualkan oleh Greater Terengganu Development mendedahkan satu realiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis