Jangan kalut jual KDA FC, nilai dahulu tawaran belian populariti

ALOR SETAR- UMNO Kedah memohon agar pemilik pasukan KDA FC lebih berhati-hati memilih rakan kongsi bagi pembiayaan dan operasi pasukan bola sepak Kedah yang sedang berhadapan dengan krisis kewangan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, niat yang ditunjukkan oleh sebuah syarikat dikenali DSAT harus dinilai secara mendalam daripada aspek komersial dan keupayaan kewangan syarikat yang menunjukkan minat itu sendiri.

Katanya, UMNO Kedah bimbang kemelut gaji dan kewangan KDA FC dilihat sebagai satu peluang untuk pihak-pihak tertentu bagi mencipta ‘populariti’ segera bagi tujuan lonjakan pasaran syarikat tersebut.

‘UMNO Kedah menasihatkan agar pengurusan KDA FC yang dianggotai oleh beberapa ahli lembaga ‘bisu’ jangan membuat sebarang penjualan ‘panik’ dibimbangi ianya akan menjejaskan masa depan syatikat secara kekal.

‘UMNO Kedah masih percaya mekanisme terbaik ada campurtangan kerajaan yang mempunyai struktur kewangan yang kukuh diimbangi pelan jangka masa panjang yang meyakinkan.

“UMNO Kedah yakin model ‘Red Giant FC’ adalah satu panduan terbaik bagi mana-mana model pengurusan komersial sebuah kelab bola sepak,”katanya.

Bagaimanapun katanya, UMNO Kedah juga tertanya-tanya apakah hasil daripada pertemuan KDA FC bersama Menteri Besar yang sepatutnya memberi khabar gembira buat semua pemain.

Pemulihan KDA FC adalah sangat penting bagi memastikan ‘kelangsungan’ bola sepak negeri Jelapang Padi ini.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik