Lambakan pusat daftar judi atas talian di Sabah membimbangkan

KOTA KINABALU – Lambakan pusat daftar dan tambah nilai judi atas talian di Sabah semakin membimbangkan terutama di kawasan luar bandar, kampung-kampung dan  pedalaman.

Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata lambakan berkenaan di kawasan terlibat yang semakin banyak umpama cendawan tumbuh selepas hujan perlu segera dicegah.

“Sehubungan itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menggesa pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan lebih kerap bagi mencegah premis-premis judi tersebut dari terus beroperasi.

“Ini semakin membimbangkan kerana judi atas talian ini melibatkan orang-orang miskin yang tidak mampu pergi ke kasino atau premis perjudian dan para penjudi yang kurang berkemampuan ini cuba mencari jalan mudah untuk menjadi kaya.

“Mengikut kajian 90 peratus individu yang terlibat permainan judi tersebut akan mengalami kekalahan dan majoriti penjudi ini mengalami kekalahan lebih besar dari pendapatan bulanan miskin tegar dan disebabkan itu pusat-pusat judi ini semakin banyak mengambil kesempatan terhadap orang miskin yang terdesak.

“Oleh itu pihak berkuasa perlu lebih tegas menangani pusat-pusat perjudian atas talian ini dan orang awam juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan aktiviti ini kerana kita tidak ingin timbul persepsi bahawa pihak berkuasa menerima rasuah bagi melindungi kegiatan ini,” katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, tambahnya turut membimbangkan adalah kes rasuah yang melibatkan penjawat awam yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

“Kita sedia maklum berkenaaan penahanan beberapa pegawai kanan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang disyaki menerima rasuah membabitkan pelantikan pembekal bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat bernilai RM600,000.

“Ini membuktikan kerajaan Madani tegas memerangi rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, oleh itu Keadilan Sabah berharap siasatan terus dilakukan bagi membersihkan jabatan-jabatan kerajaan dari amalam rasuah.

“Begitu juga semua bentuk tender sama ada di peringkat kementerian, agensi mahupun di Pejabat Daerah perlu dipantau bagi memastikan integriti pelaksanaan projek bagi menjamin kualiti kerja bagi manfaat awam.

“Orang ramai terutama penjawat awam perlu lebih berani tampil melaporkan kegiatan rasuah dan sebarang salah guna kuasa dalam jabatan, tidak ada individu kebal dari undang-undang,” katanya.

  • Related Posts

    Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

    KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

    ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

    AFFIN raih Anugerah J.P. Morgan Elite Quality tiga tahun berturut-turut

    Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

    • By Fatin
    • December 5, 2025
    Saya kehilangan bapa, UMNO dan BN Sabah hilang pendekar – Anil Sandhu

    Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

    Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

    Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

    Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

    Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

    Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

    Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

    Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam