Jangan jadikan tragedi MH17 sebagai platform pembangkang kaut laba politik murahan

PUTRAJAYA – Semua pihak, khususnya pembangkang tidak seharusnya mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan.

“Kebetulan laporan ICAO (Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) tersebut hanya dikeluarkan lewat malam semalam, sehari sebelum Perdana Menteri tiba di Moscow. Undangan kepada Perdana Menteri bukan dipanjangkan oleh Kremlin pada minggu lalu, tetapi beberapa bulan sebelum ini.

“Malah, semasa kunjungan PM ke Vladivostok tahun lalu undangan yang sama telah disampaikan. Justeru, apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploit dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu,” katanya menerusi kenyataan di laman X miliknya, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung gesaannya agar Perdana Menteri tidak mendiamkan diri dalam isu tragedi pesawat MH17 semasa mengadakan lawatan rasmi ke Rusia ketika ini.

Ahmad Fadhli menerusi hantaran di Facebook berkata, kehadiran Perdana Menteri ke negara itu berlaku dalam waktu yang sangat sensitif, susulan keputusan rasmi ICAO sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine pada Julai 2014.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan, Malaysia sudah tentu akan terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, rekod Malaysia di pentas dan arena diplomasi kekal cemerlang, bijaksana dan tegas seperti yang ditonjolkan dalam pelbagai siri lawatan dan kunjungan rasmi Perdana Menteri.

“Malaysia tidak berhasrat untuk berganjak dari posisi ini. Dan Insya-Allah, kunjungan rasmi ke Rusia ini tentunya akan membuahkan hasil.

“Pada masa sama, meneruskan momentum serta memberi laba kepada negara dan rakyat lantas meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa,” katanya.

Pada Selasa, Belanda dan Australia menggesa ICAO supaya mendesak Rusia memulakan rundingan berhubung insiden tembakan jatuh terhadap pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.

Menurut kerajaan Belanda, ICAO memutuskan pada Ahad bahawa Russia bertanggungjawab terhadap nahas pesawat MH17 dan telah melanggar Konvensyen Chicago 1944 mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa.
Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp menyambut baik keputusan itu dan menegaskan bahawa ICAO kini perlu meneliti kemungkinan pampasan.

Related Posts

Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

PAPAR – Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab dikesan menyamar sebagai Pegawai Perhubungan (PA) atau wakil kepada Datuk Armizan Mohd Ali bagi tujuan penipuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

PUTRAJAYA – Ketegasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan pendirian agar sebarang aktiviti penternakan babi dimuktamadkan sepenuhnya bukanlah pandangan semberono, sebaliknya cerminan keprihatinan mendalam seorang raja terhadap kesejahteraan rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

Waspada individu menyamar pegawai Datuk Armizan Mohd Ali

Sabah alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan dari KBS

Sabah alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan dari KBS

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah