
KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif persekutuan itu akan melengkapkan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan dan sukan di negeri ini.
“Sukan juga merupakan platform penting untuk memupuk perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.
Sementara itu, Dr Muhammed memaklumkan kepada Ketua Menteri bahawa kementeriannya telah mengenal pasti beberapa program bagi pembangunan sukan dan belia di Sabah.
“Sabah mempunyai potensi untuk pembangunan pasaran khusus, khususnya dalam pelancongan sukan,” ujarnya
Dr Muhammed turut memuji Sabah atas komitmen tinggi menghantar kontinjen seramai 200 orang bagi menyokong sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.




