Jangan biar politik batil, toksik dapat tempat dalam masyarakat

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan sesekali membiarkan Melayu selaku bangsa majoriti di negara ini menjunam, selain Islam terancam.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bangsa Melayu bahawa bukan hanya UMNO, bahkan terdapat pelbagai lagi instrumen lain yang turut menjadi benteng penting dalam memelihara kepentingan dan hak bangsa itu.

“Kita ada Raja Berperlembagaan. Kita ada pelbagai institusi kerajaan yang hampir semuanya diketuai orang Melayu.

“Kita ada penjawat awam dan jangan lupa, kita ada Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Semua instrumen berkenaan akan menjadi ekosistem dan benteng yang kukuh dalam melindungi orang Melayu.

“Jadi, janganlah membiarkan politik batil atau seperti yang diungkapkan oleh pemimpin tertinggi UMNO sebagai politik toksik mendapat tempat dalam masyarakat kita.

“Marilah berlumba-lumba dengan idea yang baik, niat yang betul kerja yang bersungguh-sungguh.

“Bukannya cercaan siapa lebih pedas, fitnah siapa yang lebih tular atau tohmahan siapa yang lebih besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO semalam.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengingatkan bangsa Melayu bahawa mereka perlu berhadapan dengan masa depan politik bangsa dengan lebih yakin, kerana tiada apa yang perlu ditakutkan dan tiada sesiapa boleh menakut-nakutkan Melayu.

“Benar, jalan masa hadapan semakin mencabar. Banyak perkara sudah berubah.

“Pelbagai aspek kehidupan masa kini tidak sama dengan dihadapi UMNO dahulu.

“Bagaimanapun, bukankah kita (UMNO) juga parti yang mendewasakan dan matang.

“Masakan dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang kita miliki, kita boleh cepat melatah, atau gemuruh, atau masih lagi boleh dipengaruhi dengan omong-omong politik yang dangkal dan cetek,” katanya.

Dalam konteks UMNO, beliau berkata parti itu perlu bergerak dan memerintah bersandarkan kepada realiti politik kemajmukan yang mana kebanyakan ahli dan pendukung UMNO begitu mengerti perkara berkenaan.

“Ia bukan baharu atau perkara yang dibuat secara tiba-tiba atas dasar keterpaksaan atau keterdesakan, sebaliknya pendekatan itu adalah apa yang UMNO kuasai sejak parti mula mentadbir negara dan bangsa seawal kemerdekaan.

“Dari fikrah UMNO, kita wujudkan BN (Barisan Nasional) dan mengurus negara ini secara permuafakatan selama lebih enam dekad,” katanya.

Related Posts

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

KANGAR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian berkuat kuasa hari ini. Beliau berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI