Wakil rakyat UMNO wajib turun padang, jangan mudah lupa diri

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya sentiasa turun ke bawah bagi menghargai rakyat serta akar umbi.

Menggunakan perumpamaan ‘pengantin di atas pelamin’ bagi menggambarkan wakil rakyat yang menang, Mohamad berkata, tidak sukar untuk menambat hati orang Melayu jika mereka dihargai atas pertolongan diberikan.

“Bila dah menang, jaga kawasan. Orang tua cakap ‘jinjang dinaiki, tangga dituruni’.

“Jika dah naik pelamin, jangan tak turun-turun.

“Syok (gembira) duduk di atas pelamin tapi orang yang uruskan majlis letih, mereka kerja kuat.

“Turun jumpa mereka dan ucap terima kasih supaya majlis kita itu dikenang.

“Tidak susah untuk tambat hati orang Melayu… tapi susah kalau dia sudah meluat. Jangan cari meluat orang,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Mohamad juga mengingatkan, kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk UMNO mampu menang di PRK Mahkota, bulan depan.

Beliau juga mahu rundingan bagi menentukan calon di PRK itu dilakukan dalam suasana muafakat, tanpa sebarang perbalahan.

“Jangan kita sudah menang (majoriti) 5,000 undi di Nenggiri, kita boleh menang di Mahkota… lain padang, lain belalang, lain permainannya.

“Turun ramai-ramai bantu dan bekerja, tapi jangan jadi pelancong politik.

“Bantu dan pastikan kita kekalkan kemenangan di Mahkota,” katanya.

Related Posts

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap sahabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

PULAI – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Persada Johor Bahru disifatkan sebagai platform penting dalam menentukan hala tuju kerjasama politik antara PH dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang