Jambatan sementara Sungai Bawang dijangka siap 27 April ini

TUARAN – Jambatan sementara Sungai Bawang di Kilometer 2.00 Jalan Tamparuli Togop, daerah ini dijangka siap pada 27 April depan bergantung keadaan cuaca dan situasi semasa di tapak pembinaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan menyatakan pihak mereka mengambil maklum persoalan orang awam mengenai status projek menaik taraf jambatan tersebut seperti yang tular di media sosial pada 15 April lalu.

Susulan itu, JKR menjelaskan pembinaan projek itu bermula pada 25 Mac 2024 dan dijangka siap mengikut kontrak adalah pada 24 September 2025, namun pada 30 Jun 2024, bencana banjir menyebabkan jambatan sedia ada musnah akibat arus air sungai yang deras.

“Kontraktor yang dilantik iaitu Kontraktor Bayuwira PLT kemudian membina jambatan sementara yang dijadikan laluan utama sepanjang tempoh projek pembinaan jambatan kekal di jajaran asal jambatan sebelumnya.

“Pihak kontraktor juga harus sentiasa berada di tapak untuk memastikan jambatan sementara tersebut sentiasa dapat dilalui oleh orang awam di bawah kontrak ini.

“Namun kejadian hujan lebat dan banjir pada 14 April lalu juga menghanyutkan separuh daripada jambatan sementara tersebut dan menyebabkan jalan terputus dan pembaikan semula dijangka siap pada tarikh yang tersebut di atas,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, JKR turut menjelaskan mengenai dakwaan penggunaan cerucuk yang tidak mematuhi spesifikasi dan sepatutnya menggunakan cerucuk ‘ready-made’ adalah tidak benar.

“Cerucuk yang digunakan di tapak adalah jenis Micropile seperti yang tertera pada dokumen kontrak dan lukisan pembinaan.

“Kemajuan projek terkesan disebabkan terdapat isu teknikal yang perlu dipatuhi dan telah diselesaikan pada 25 Mac lalu.

“Pihak kontraktor dibenarkan meneruskan kerja di tapak dan menyediakan ‘recovery plan’ agar projek disiapkan seperti pada tarikh siap asal,” jelas kenyataan itu.

Menurut JKR, projek jambatan berkenaan adalah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya, perolehan kontraktor ini dibuat secara Tender Terbuka dan Kontraktor Bayuwira PLT merupak kontraktor yang berjaya mendapatkan tender tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, JKR Sabah menyatakan pihak mereka memahami kesulitan yang dihadapi oleh orang awam dan akan berusaha mempercepatkan pembaikan jambatan sementara itu.

“Pembaikan jambatan sementara dan seterusnya penyiapan jambatan kekal akan dipercepatkan supaya dapat digunakan oleh orang awam semula dengan lebih selesa dan selamat.

“JKR juga akan memastikan kualiti jambatan kekal yang dibina adalah terjamin,” ujar kenyataan tersebut.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’