Jambatan Batang Rajang mercu tanda baharu Sarikei

SARIKEI – Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan Jalan Pasi, Sarikei ke Tanjung Manis bakal menjadi mercu tanda baharu bagi penduduk sekitarnya.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata kepada media sebelum ini beliau amat berpuas hati dengan perkembangan kelancaran projek tersebut.

Jelasnya, projek yang sedang giat dilaksanakan itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2025.

Berdasarkan prestasi kontraktor yang mengendali projek pembinaan tersebut ia dijangka siap lebih awal berbanding jadual yang sebenar.

Dua komponen utama dalam projek ini ialah pembinaan jalan raya sepanjang 17 kilometer (KM) termasuk pembinaan sebuah jambatan sepanjang 1.2 KM merentasi Sungai Batang Rajang yang menelan kos sebanyak RM321 juta.

Datuk Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang menjelaskan penduduk dari daerah Tanjung Manis terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam untuk berurusan ke Sarikei melalui Sibu pada masa kini.

Namun apabila siap kelak ia hanya mengambil masa 45 minit perjalanan sehala dari Tanjung Manis ke Sarikei.

Tidak ketinggalan penduduk dari Pulau Bruit, Matu dan juga Daro dapat menikmati jaringan jalan raya tersebut apabila projek itu siap kelak.

Malah mereka menggunakan Lebuhraya Pan Borneo melalui laluan Sarikei dalam masa yang singkat sama ada destinasi mereka menuju ke Betong, Sri Aman, Serian atau pun Kuching.

Jalan Pasi ke Tanjung Manis itu kelak pastinya akan memacu pertumbuhan ekonomi penduduk setempat. Bukan sekadar memudahkan perhubungan antara kedua-dua bahagian Sarikei dan Mukah sekaligus projek ini juga melengkapi akses jalan pesisir pantai Sarawak di kawasan Lembah Rajang.

Ia turut termasuk tiga lagi projek pembinaan iaitu Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Lassa dan juga Jambatan Igan.

Terdahulu, Datuk Len bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lawiroo telah membuat lawatan ke tapak pembinaan bagi meninjau perkembangan kemajuan.

Jelasnya pada masa itu, perlaksanaan projek pembinaan telah mencapai 86 peratus iaitu mendahului dua peratus dari jadual asal.

Related Posts

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

KUCHING – Usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda terus diperkasa apabila Program Membaca Bersama Datuk Bandar berjaya dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik pada Khamis. Datuk Bandar Dewan Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

BAU – Pesta Tasik Biru 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 25 Mei bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi simbol pembangunan pesat dan warisan bersejarah daerah Bau yang kini menjangkau usia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment