Bomba Lawas giat kempen henti pembakaran terbuka, pupuk kesedaran

LAWAS: Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas telah menganjurkan Kempen Hentikan Pembakaran Terbuka Peringkat Daerah Lawas Tahun 2024.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas, Penolong Pegawai Bomba Azman Ibrahim berkata, pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk menghadapi situasi perubahan Monsun Barat Daya bermula daripada bulan Mei sehingga September tahun ini. Peralihan monsun akan membawa kepada taburan hujan yang rendah dan cuaca kering.

“Orang ramai disarankan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang tidak dikawal dan boleh mengakibatkan kebakaran besar,” katanya.

Kaedah pelaksanaan kempen dilakukan secara hebahan melalui digital media massa, rondaan hot spot dan pengedaran risalah kepada komuniti setempat, Komuniti Bencana Daerah, Ketua Kaum, Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengerusi Bomba Sukarela.

Turut hadir pada program ini Ketua Polis Balai Lawas, Sarjan Mejar Sahjinan Mokthar; Penghulu Hantin, Penghulu Edris, Ketua Kampung Banting, Jasni; Pegawai Bomba Sukarela Long Sukang, En Udan Para; Pegawai Bomba Sukarela Ba’kelalan, dan Marcus; Pegawai Bomba Sukarela Kampung Punang & Punang Jaya, Awg Omar

Kempen ini diharap akan dapat membantu untuk mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka serta mengurankan statistik kebakaran belukar, hutan dan gambut di daerah Lawas.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan