Jabatan Audit Negara pilih Topokon, Tuaran lokasi kampung, sekolah angkat

KOTA KINABALU – Jabatan Audit Negara (JAN) memilih Topokon, Tuaran sebagai lokasi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) bagi tahun 2025.

Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, kerajaan memperuntukkan RM1.1 juta bagi Kampung (Kg) Topokon dan Sekolah Kebangsaan (SK) Topokon.

“Kg Topokon dipilih sebagai lokasi pelaksanaan oleh JAN dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Sebagai pelengkap, program SAM turut dilaksanakan di SK Topokon dengan peruntukan RM100,000 memandangkan sekolah ini terletak dalam kawasan yang sama,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, Program KAM yang bertujuan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti luar bandar.

“Empat skop utama projek di bawah KAM akan dilaksanakan di Kg Topokon melibatkan naik taraf dewan serba guna, gelanggang futsal dan bola keranjang terbuka, fasiliti sekolah serta program kemasyarakatan,” katanya.

Manakala, jelasnya, Program SAM pula melibatkan pelaksanaan skop projek menaik taraf kantin sekolah.

“Skop projek SAM memberi tumpuan kepada naik taraf kantin sekolah bagi menyediakan persekitaran makan yang lebih selamat dan selesa untuk murid-murid,” ujarnya.

Dalam pada itu, mesyuarat turut membincangkan usahasama antara JAN dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk menjayakan program KAM dan SAM.

Tambahnya, kerajaan memperluaskan kepada 200 buah kampung di seluruh negara pada tahun ini.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16