Kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama keluarga

KUANTAN – Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok ditemui lemas pada awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang beralamat di Kampung Sungai Ular, ditemui pihak bomba pada jam 12.40 tengah malam, kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil pengecaman oleh ibu mangsa mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah anaknya yang lemas.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap fizikal mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dan tiada unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, dalam kejadian petang semalam, mangsa bersama ibu, seorang ibu saudara dan 13 saudara-mara berusia antara 1 hingga 13 tahun datang ke situ untuk mandi dan mencari kepah.

“Berdasarkan maklumat daripada salah seorang ahli keluarga, semasa kejadian mangsa dipercayai berada di belakang ibu saudaranya.

“Mangsa dipercayai dibawa arus gelombang dari bot nelayan yang melalui kawasan tersebut sebelum disedari hilang,” katanya.

Menurutnya lagi, keluarga pada awalnya menyangka mangsa telah pergi ke tandas.

“Keluarga membuat pencarian awal di kawasan pesisir pantai dan juga tandas awam, namun mangsa gagal ditemui.

“Keluarga kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng pada jam 4.45 petang untuk memaklumkan kejadian dan memohon bantuan,” katanya.

Pihak bomba tiba di lokasi pada jam 4.45 petang dan memulakan misi pencarian dibantu oleh empat anggota unit penyelam.

“Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 7.30 petang. Bagaimanapun, mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam lewat tengah malam tadi,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16