Izzah adalah panglima parti, miliki aura menyatukan ahli PKR

PUTRAJAYA – Wanita PKR menyifatkan Nurul Izzah Anwar sebagai panglima parti terbabit yang membawa seruan damai untuk semua.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, perkara yang dibawa oleh Nurul Izzah merupakan dasar yang matang dan dilihat boleh memiliki kewibawaan dalam memimpin kelangsungan parti.

“Seruan damai yang beliau (Nurul Izzah) anjurkan adalah pernyataan matang seorang pemimpin yang mahu menerajui parti ini dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan, kredibiliti Nurul Izzah tidak perlu dipertikaikan kerana beliau telah bersama membina parti ini dalam segala mehnah dan tribulasi.

Bahkan, beliau berkata, ahli-ahli PKR jauh lebih mengenali Nurul Izzah dan tahu kemampuan beliau yang sentiasa tampil dengan seruan-seruan hikmah.

“Beliau tidak pernah hilang. Tidak pernah berehat. Malah seluruh kehidupannya adalah untuk perjuangan ini.

“Begitulah momentum akar rumput yang diangkat bersama iltizam Bersama Membina Parti Kita. Ketika ini parti memerlukan seorang tokoh yang signifikan untuk kembali menerajui parti di posisi yang jauh lebih penting,” katanya.

Lantaran itu, Fadhlina yang mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu menegaskan, PKR memerlukan seorang yang signifikan untuk kembali menerajui parti di posisi yang jauh lebih penting, selari dengan iltizam Nurul Izzah dalam kempennya Bersama Membina Parti Kita.

“Bersama Membina Parti Kita adalah anjuran yang tepat memperlihatkan komitmen beliau untuk terus bersama anggota akar rumput memperkukuhkan parti keramat ini,” katanya

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis