KPDN Perak tumpas sindiket seleweng diesel bersubsidi nelayan, rampasan RM355,040

MANJUNG – Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penangkapan hasil laut di Pantai Remis di sini diserbu selepas disyaki menyeleweng diesel bersubsidi, iaitu barang kawalan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 itu dijalankan oleh penguat kuasa KPDN Cawangan Manjung pada Rabu.

Jelasnya, hasil pemeriksaan dan risikan mendapati sindiket itu mengubah suai tangki asal kapal yang berkapasiti 3,000 liter kepada tangki tambahan berkapasiti 7,000 liter.

“Bekalan diesel pula dipercayai dibeli menggunakan kuota kapal lain pada harga subsidi sebelum dijual semula kepada pihak industri di sekitar Pantai Remis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, semasa serbuan, sebuah kapal sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari tangki kapal ke dalam skid tank menggunakan hos dan pam penyedut.

Skid tank merupakan tempat simpanan diesel tanpa subsidi dan dipercayai digunakan sebagai lokasi pengumpulan diesel yang diperoleh melalui penyelewengan.

“Turut ditemui ialah dokumen pembelian dan penjualan serta kad kuota milik kapal lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan turut memiliki permit menyimpan diesel tidak bersubsidi dengan had simpanan 58,000 liter untuk kegunaan kapal nelayan kategori C2,” ujarnya.

Sehubungan itu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebanyak 50,900 liter cecair disyaki diesel yang disimpan di dalam kapal dan skid tank, sebuah kapal pukat hanyut serta peralatan penyedut minyak turut disita.

Kamalludin berkata, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM355,040.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis