Isu rumah ibadat: Tiada pihak berhak ambil tindakan sendiri

TIADA mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan undang-undang dan semua pihak perlu menghormati prinsip tersebut.

“Negara ini, negara yang harus patuh kepada undang-undang, berlandaskan kedaulatan undang-undang.

“Ya, sememangnya timbul pelbagai isu, kontroversi dan perbezaan… namun keutamaan kita adalah memastikan kestabilan terpelihara, kesucian kepercayaan kita dihormati serta pada masa yang sama memelihara perpaduan sejagat,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026 di ibu negara malam tadi.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan peraturan berhubung pembinaan rumah ibadat dan isu sensitiviti di negara ini bagi memastikan keharmonian serta kestabilan terus terpelihara.

Menyentuh isu berkaitan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan serta cadangan pembinaan ladang babi yang hangat diperkatakan di Selangor kebelakangan ini, Anwar berkata, perkara itu perlu ditangani dengan baik dan penuh hormat.

“Akhir-akhir ini, seperti yang anda sudah tahu, kita hangat dengan isu di Selangor dan di negeri lain, soal rumah ibadat yang tidak ikut peraturan dan juga soal pembinaan ladang khinzir. Jadi saya nak gunakan kesempatan ini cuba menyebut bahawa semua kita tahu peraturannya, iaitu apa yang boleh, apa yang tidak boleh.

“… tetapi kita kena tangani dengan baik dengan hormat. Jangan menghina Islam Agama Persekutuan dan majoriti umat Islam di sini (dalam negara), tetapi tidak harus juga ada mana-mana pandangan untuk menghina amalan keluarga kita, masyarakat kita yang lain,” katanya.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa