
GEMPA bumi dengan magnitud 7.5 melanda utara Honduras malam tadi (waktu tempatan).
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km).
Ia berlaku pada jarak 1,665 km timur dari Puebla, Mexico.
Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat berkata terdapat amaran tsunami di Laut Caribbean dan utara Honduras.
Manakala tiada amaran tsunami di pantai Atlantik atau Teluk A.S.
Sementara itu, amaran tsunami turut dikeluarkan untuk Puerto Rico dan Kepulauan Virgin selepas gempa tersebut.
Bacaan awal gempa bumi itu adalah pada magnitud 8.0, namun diturunkan kepada 7.5 selepas semakan semula data.