Isu GISBH: Agamawan boleh dipandang serong

Oleh: Siti, Mai S, A. Athirah, Johari Osman

KUALA LUMPUR – “Disebabkan mereka ini, orang agamawan seperti saya dan rakan-rakan yang tidak bersalah terpalit sama.”

Ini reaksi Imam Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Fakhrudin Tahir, 39, apabila ditanyakan tentang isu GISB Holdings (GISBH) yang dikaitkan dengan imej agama Islam.

Isu GISBH kini semakin panas dengan penemuan serta penyebaran video-video di media sosial yang memaparkan kegiatan-kegiatan di luar kebiasaan masyarakat hari ini.

Terdapat beberapa komen-komen netizen di Facebook yang menyatakan isu ini hanyalah fitnah yang ingin menjatuhkan ekonomi orang Islam.

Namun, Fakhrudin menyangkal penyataan tersebut kerana pada beliau ramai lagi Muslim yang berniaga malah sangat maju dan tidak pula dikenakan apa-apa tindakan kerana mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang ataupun syariat Islam.

“Jika benar GISB Holdings didapati mempunyai kaitan dengan ajaran sesat seperti yang sedang digembar-gemburkan, mereka ini perlu ditangkap agar ajaran sesat ini tidak berleluasa lagi.

“Kesannya apabila kita tidak menyekat perkembangannya nanti akan membahayakan akidah para belia dan kanak-kanak di masa hadapan,” katanya.

Fakhrudin juga amat bersetuju jika pihak berkuasa memperkasakan lagi segala hukuman dan tindakan yang telah ditetapkan undang-undang seperti melakukan operasi, siasatan, penguatkuasaan dan tangkapan agar pesalah-pesalah dapat mengakui kesilapan dan tidak mengulanginya lagi.

“Antara cadangan saya adalah pihak berkuasa boleh membina satu modul bagi tujuan pemulihan berpanjangan agar ajaran sesat ini boleh disekat,” tambahnya lagi.

Begitu juga dengan Ketua Bilal Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, Sharifudin, 43, yang berpendapat hukuman-hukuman kepada pelaku perlu dibahagikan mengikut kesalahan yang mereka lakukan sama ada dari sudut ekonomi, akidah, jenayah atau banyak lagi.

“Apabila soal hukuman untuk para lakukan, saya yakin pihak berkuasa mempunyai kuasa dan pengetahuan yang lebih lagi.

“Tapi dari sudut akidah islam, pihak berkuasa seperti Jakim, JAIN atau Mufti perlu melakukan sesi pemulihan kerana jika kita biarkan ini akan membawa penyakit kepada masyarakat akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, kesan daripada isu ini sebenarnya banyak memberikan impak buruk kepada imej Islam dan menyebabkan ramai orang menjauhkan diri daripada Islam.

Dalam masa sama, Sharifudin menasihati masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain dan sesuatu tuduhan itu perlu didatangkan dengan bukti yang kukuh serta sentiasa menjaga diri sendiri dan keluarga agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti ajaran sesat.

Related Posts

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

KULAI – DAP bersedia menjalinkan kerjasama utuh kepada mana-mana pemimpin PKR meskipun individu berkenaan merupakan muka baharu dalam jawatan berkenaan. Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, ia sebagai bukti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

KULAI – Hampir RM800 juta nilai kerugian dialami kesemua mangsa penipuan dalam talian di seluruh Malaysia selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

  • By Ynom
  • May 17, 2025
Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

  • By Suri
  • May 17, 2025
DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

  • By Suri
  • May 17, 2025
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta