Azmin main wayang, tunggang isu Kerajaan Perpaduan Johor – Amanah

KLUANG – Pengerusi Amanah Johor menempelak Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali sekali gus memberi amaran kepadanya agar tidak bermain wayang dengan menunggang isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri Johor.

Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu dilihat sebagai usaha untuk memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Kata Aminohuda, meskipun pada awalnya wujud ketegangan apabila Amanah menuntut untuk bertanding kerusi DUN ini, namun pada akhirnya mereka mengambil pendekatan lebih matang dengan mengambil kira kestabilan gabungan kerjasama di peringkat Pusat jauh lebih penting dalam meneruskan agenda pembangunan dan ekonomi negara.

“Kami kena pastikan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat tetap kukuh sampai Pilihan Raya (Umum) ke-16.

“Kerana itu kami menyimpulkan bahawa kita ada kerjasama di negeri Johor ini walaupun (Kerajaan Perpaduan) belum lagi wujud.

“Saya percaya PN cuba nak pecah belahkan kerjasama kita (BN-PH) dalam pilihan raya ini.

“Jadi, pada saya, Datuk Seri Azmin, jangan bermain wayang dengan menyebutkan tentang (tiada Kerajaan) Perpaduan di peringkat Kerajaan Johor,” katanya kepada media selepas Ceramah Kelompok Perpaduan, malam tadi.

Pada Selasa, Azmin mencabar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor sekiranya BN berjaya mengekalkan kerusi DUN ini.

Azmin juga mendakwa, PH Johor kini mendukung sebuah gabungan politik yang tidak memberi manfaat kepada mereka, dan percaya mustahil untuk berlakunya perkongsian kuasa jika BN menang di PRK DUN Mahkota.

Pun begitu, Aminolhuda menyifatkan Amanah masih berharap agar Kerajaan Perpaduan dapat ditubuhkan di Johor.

“Ibaratnya, kita berjalan kaki (kerana) tiada kenderaan, (lebih baik) kalau dapat tumpang naik satu kenderaan… walaupun mungkin naik kereta lembu.

“Itu pun sudah bagus. Apatah lagi kalau dapat tumpang bersama (naik) satu bas yang cantik. Itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, beliau mempersoalkan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat sekiranya PN memenangi PRK DUN ini, sedangkan pembangkang sendiri telah menolak Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan daripada kerajaan.

“Kita faham bahawa mereka paling takut untuk isytihar harta sebab itu antara syarat.

“Mereka takut apabila ada klausa yang menyatakan bahawa tidak boleh sentuh 3R (kaum, agama dan raja), maka tak boleh mainkan isu perkauman dan agama yang akan kurangkan penyokong mereka,” katanya.

PN membuat ketetapan sebulat suara menolak MoU mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penolakan itu dilakukan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa dan mengongkong kebebasan.

Related Posts

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

TIMBALAN Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berjaya mempertahankan kerusinya dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,785 undi, malam ini. Bagaimanapun, Naib Pengerusi Teresa Kok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

LAHAD DATU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mahu mempertahankan kerusi DUN Segama miliknya dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti. Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama