Di mana Sanusi ketika Kedah dilanda banjir?

PUTRAJAYA – Ketika suasana bencana banjir semakin memburuk di Kedah, ramai netizen tertanya-tanya ke mana perginya Menteri Besar negeri itu, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ada dalam kalangan netizen mendakwa Muhammad Sanusi ketika ini berada di luar negara ‘atas urusan rasmi’.

Dan ada juga yang mendakwa Menteri Besar itu sedang berada di Jepun atas ‘urusan peribadi’.

Namun, semalam Muhammad Sanusi sudah mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan sudah mula disalurkan kepada penduduk terjejas banjir di negeri berkenaan.

Sehingga pagi ini, situasi banjir di Kedah tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di mencatatkan peningkatan kepada 6,087 orang.

Jumlah mangsa ditempatkan di PPS itu membabitkan 1,942 keluarga di tujuh daerah, meningkat berbanding 5,483 mangsa daripada 1,726 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.

Ini berikutan, tiga lagi PPS dibuka untuk menampung jumlah mangsa yang selain bertambah ketika ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang berpindah ke 11 PPS iaitu seramai 2,424 mangsa daripada 821 keluarga berbanding 2,305 mangsa daripada 789 keluarga malam tadi.

Selain itu, daerah Kubang Pasu juga meningkat apabila dua lagi PPS dibuka menjadikan 9 PPS aktif di daerah itu yang menempatkan 1,537 mangsa daripada 498 keluarga direkodkan pagi ini, berbanding 1,299 mangsa daripada 399 keluarga di tujuh PPS malam tadi.

Dalam pada itu juga, sebuah lagi PPS dibuka di daerah Pokok Sena menjadikan jumlah keseluruhan lima PPS di daerah itu berbanding empat PPS sebelum ini yang menempatkan seramai 925 mangsa daripada 285 keluarga berbanding 855 mangsa daripada 247 keluarga.

Dalam pada itu, daerah Pendang juga mencatatkan peningkatan mangsa kepada 806 orang daripada 221 keluarga berbanding 706 mangsa dari 192 keluarga selepas sebuah lagi PPS dibuka semalam menjadikan lima PPS beroperasi setakat ini.

Daerah Kuala Muda juga meningkat kepada 184 mangsa daripada 61 keluarga berbanding 131 mangsa daripada 50 keluarga malam tadi yang ditempatkan di tiga PPS.

Daerah Bandar Baharu pula kekal seramai 131 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di sebuah PPS dan daerah Kulim pula kekal kepada 80 mangsa daripada 25 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan melalui laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan enam sungai di negeri ini – masing-masing tiga di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu – masih kekal melepasi tahap bahaya setakat jam 7.30 pagi tadi.

Semua mencatatkan trend menaik menyebabkan bilangan mangsa banjir bertambah di dua daerah itu.

Tiga sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir masih melepasi tahap bahaya ketika ini.

Tiga sungai di daerah Kota Setar iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar juga turut melepasi tahap bahaya.

Related Posts

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah