Isu curi kabel hampir selesai, ECRL boleh beroperasi Januari 2027

KUANTAN – Masalah kecurian kabel di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah dapat diatasi hampir sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, jadual penyiapan projek itu juga tidak terlalu terjejas dan Kementerian Pengangkutan yakin ECRL dapat beroperasi seperti dirancang.

“Perkembangan (pembinaan) ECRL sudah mencapai 91.70 peratus setakat Januari lalu, dan ia adalah selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak menjelang akhir tahun ini.

“Ini bermakna jadual pengoperasian komersil bermula Januari tahun depan adalah realistik dan boleh dicapai,” katanya ketika sidang media di stesen ECRL KotaSAS, dekat Kuantan, Pahang, hari ini.

Terdahulu, Loke bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren EMU dan e-Loco Projek ECRL dan Penyerahan Surat Lantikan Penyedia Infrastruktur Rangkaian Mudah Alih Jajaran ECRL di stesen berkenaan.

Sementara itu, Loke dalam ucapan pada majlis itu berkata, ketibaan Golden Tren EMU dan e-Loco ECRL adalah simbol kemajuan teknologi rel moden serta kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam lebih selamat, cekap dan mesra alam.

“Adalah menjadi harapan kita agar ECRL menjadi pemangkin kepada peralihan pengangkutan kargo dari jalan raya ke rel antara Lembah Klang dan Pantai Timur,” katanya.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan