MOSTI lancar Dana PEMACU 2.0 bernilai RM100 juta

Oleh: Fatin Zulkifli

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) 2.0 berjumlah RM100 juta bagi mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan teknologi tempatan.

Menterinya, Datuk Chang Lih Kang berkata, dana di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) itu memfokuskan lima bidang strategik iaitu nuklear, bahan termaju, hidrogen, bioteknologi dan angkasa.

Beliau berkata dua skim pembiayaan ditawarkan iaitu Dana Penyelidikan Strategik sehingga RM10 juta dan Dana Pembangunan Teknologi sehingga RM4 juta bagi setiap projek.

“Fokus kali ini adalah memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di makmal, sebaliknya mampu dibangunkan sebagai produk dan menembusi pasaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran di sini, pada Rabu.

Chang berkata pendekatan baharu itu bertujuan menutup jurang pengkomersialan yang sebelum ini menyebabkan banyak projek R&D tempatan gagal berkembang.

Permohonan terbuka kepada universiti, institut penyelidikan, syarikat pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal Sistem Dana Bersepadu (SDB) MOSTI.

Related Posts

Fenomena ‘battle’ di media sosial dikesan ancam maruah

PUTRAJAYA – Wujud keperluan buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempertingkatkan pemantauan terhadap kandungan siaran langsung yang berunsur lucah, sumbang atau menjatuhkan maruah. Naib Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
179 rakyat Malaysia selamat tiba dari Doha menerusi operasi evakuasi

KUALA LUMPUR – Seramai 179 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar, tengah malam tadi menerusi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat. Mereka tiba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat