Isu berbangkit antara Petronas-Petros sudah selesai

DATUK Seri Anwar Ibrahim percaya isu berkaitan hak pengedaran gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) ditangani dengan sewajarnya selepas pertemuannya dengan Premier negeri itu, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Perdana Menteri menjelaskan, Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 74) terus diterima sebagai rangka kerja utama pengurusan industri minyak dan gas negara.

Selain itu katanya, Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016 juga tidak menggantikan PDA 74 dan Perlembagaan Persekutuan, termasuk undang-undang persekutuan lain.

Katanya, perkara itu diputuskan selepas kerajaan Pusat mengadakan sesi libat urus dengan Petronas, kerajaan Sarawak dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan isu terbabit sambil menegaskan bahawa ia bukan isu dasar.

“Pada 7 Januari, saya bertemu dengan Premier Sarawak dan kami menyelesaikan isu pengedaran gas di Sarawak.

“Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 74) terus diterima sebagai rangka kerja utama pengurusan industri minyak dan gas di Malaysia.

“Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016 tidak akan menggantikan PDA 74 dan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang persekutuan yang lain.

“Oleh itu, kedudukan Petronas kekal tidak terjejas. Dengan itu, tiada lesen atau prosedur tambahan untuk pelaksanaan aktiviti petroleum dan gas yang akan dikenakan ke atas Petronas dan anak syarikatnya di Sarawak,” katanya kepada media Malaysia di Abu Dhabi, semalam.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat menerima penubuhan Petros untuk menjalankan kerja eksplorasi dan pengedaran gas di Sarawak.

Sepanjang tempoh dua hari berada di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar memaklumkan terdapat pelabur antarabangsa dan dari Abu Dhabi meminta penjelasan mengenai status Petronas susulan penubuhan Petros.

“Kami memutuskan bahawa semua perjanjian sedia ada kekal seperti biasa kerana ia boleh merumitkan hubungan dengan syarikat multinasional.

“Walaupun kami membenarkan Petros untuk menjadi pihak mengurus atau mengumpulkan (gas dari pelbagai sumber di Sarawak), mereka bersetuju untuk tidak mengganggu operasi sedia ada Petronas.

“Begitu juga dengan Petronas, yang diberi kuasa di seluruh negara tetapi membenarkan Petros meneruskan kerja di Sarawak.

“Jadi tidak sepatutnya ada kebimbangan mengenai keputusan membenarkan Sarawak menjadi pengurus dan pengumpul tunggal,” katanya.

Hasil perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dengan beberapa syarikat dari UAE seperti Mubadala, Anwar berkata, ia membawa kepada kesimpulan yang sama.

“Kami mahu menjadikan Sarawak sebagai hab gas serantau tetapi dengan pembabitan Persekutuan dan Petronas serta Petros,” katanya.

Perdana Menteri berkata, semua perjanjian dan pengaturan sedia ada yang dimeterai oleh Petronas serta anak syarikatnya dengan pihak ketiga – termasuk Petros – terus kekal sah dan boleh dikuatkuasakan.

“Di samping itu, tiada undang-undang yang akan dibuat oleh Sarawak yang akan memberi kesan negatif terhadap PDA 74, Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang persekutuan berhubung dengan aktiviti petroleum dan gas oleh Petronas dan anak syarikatnya di Sarawak,” ujarnya.

Bergerak ke hadapan, Perdana Menteri yakin Petronas dan Petros mungkin akan bekerjasama tertakluk kepada terma komersial yang dipersetujui bersama.

“Mengenai margin yang diperoleh daripada aktiviti pengumpulan gas antara Petronas dan Petros, ia mesti mengambil kira pelaburan huluan Petronas,” katanya.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM