Isu 3R: PMX disaran bertemu pemimpin politik utama, bincang hati ke hati

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar membuat pertemuan secara berkala bersama pemimpin politik utama termasuk pembangkang demi kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah ini wajar diambil supaya boleh berbincang dari hati ke hati bagi meminta pihak mereka tidak menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) secara melampau.

“Terutama membuat politik ‘labelling’, keluar fatwa politik secara melampau dan kata-kata kesat.

“Pemimpin politik juga mesti menghentikan amalan politik toksik tersebut.

“Perbuatan mereka akan ditiru oleh pengikutnya. Mereka wajar mengamalkan kepimpinan melalui teladan,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Puad berpendapat, orang ramai juga berperanan untuk menggunakan media sosial sebagai alat untuk mencari kebenaran dan bukan sekadar menjadi pengeruh keadaan menyebarkan bahan politik toksik.

Selain itu, beliau berkata, kewujudan Akta Hasutan 1948 juga menjadi mekanisme bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat.

“Justeru Akta Hasutan 1948 mesti kekal dan tidak dihapuskan. Ia masih perlu sebagai alat pencegahan. Apa yang penting ia tidak disalahgunakan.

“Lagi pun Akta Hasutan tidak sama macam ISA iaitu tahanan tanpa perbicaraan,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan parti itu dan PN akan berdiri teguh bersama Muhyiddin dalam menentang segala kezaliman.

Hamzah berkata, tindakan PH-BN yang cuba memperalatkan Akta Hasutan untuk menutup mulut pemimpin PN daripada bercakap benar tidak akan berjaya.

Ini kerana katanya, apa yang diucapkan Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri adalah fakta.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan pertuduhan terhadap Muhyiddin di bawah Akta Hasutan di mahkamah bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan sebaliknya wakil Istana Pahang.

Pada Selasa, Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang susulan ceramah beliau yang dikatakan menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) dalam kempen PRK Nenggiri.

Bagaimanapun Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO