Politik dajal mahu bawa politik zaman jahiliah?

KOTA BHARU – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diingatkan agar membawa politik harmoni dan bukan politik menuduh yang boleh memberi impak kepada kehancuran dalam masyarakat.

Ketua Biro Syariah Amanah Negeri Kelantan, Dr Mohd Shaarani Mohd Naim berkata, tindakan sebegitu juga seolah mahu menanam sifat kebencian dalam masyarakat.

Katanya, sebagai seorang pemimpin sebaliknya perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan sedemikian sebaliknya perlu membawa politik damai bagi mengelak dari timbul kacau bilau dalam negara.

“Politik dajal ini jika nak disamakan seperti politik zaman jahiliah… apakah hari ini kita nak bawa kepada politik zaman jahiliah?

“Dajal ini merupakan satu ikon jahat dan ia seolah menanamkan rasa kebencian dalam masyarakat dan ini tentunya tidak betul.

“Oleh itu, kita sepatutnya menolak pandangan pemimpian yang cuba menanam kebencian dalam masyarakat dan masyarakat hari ini boleh menilai mana politik boleh memajukan negara,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Hadi Awang seharusnya membawa satu kepimpinan dan parti Pas itu sendiri kepada pendidikan politik yang harmoni.

“Sepatutnya kita perlu mengambil sikap tidak bermusuh dan membenci sebagaimana diajar Islam.

“Kita juga diingatkan supaya bersikap sederhana dan masyarakat yang sama rata serta perlu mengambil pendekatan politik yang harmoni dan damai,” katanya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak