Elak sembang politik ‘potong stim’ kemeriahan Aidilfitri

SETAHUN sekali syawal datang lagi, menyahut kembali. Setahun sekali sungguh tak terperi, hari yang dinanti.

Itulah bait-bait lagu Hari Raya nyanyian Amy Mastura yang menggambarkan hari yang dinanti-nantikan umat Islam di Malaysia.

Lazimnya sambutan Aidilfitri akan dipenuhi dengan aktiviti kunjung mengunjung, ziarah menziarahi saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan disamping menikmati pembagai juadah yang melazatkan.

Selain bertanya khabar dan perkembangan kehidupan masing-masing, pasti perbualan tidak terlepas berkisar tentang situasi politik negara.

Tentunya akan ada yang akan memulakan perbualan dengan ‘memancing’ untuk membuka perbualan berkait politik part-parti tertentu.

Awas! Perbualan berkisar politik kalau tak kena caranya boleh bertukar panas dan mengeruhkan suasana sambutan Hari Raya.

Daripada nak mengeratkan silaturahim ia boleh bertukar menjadi bermasam muka dan boleh juga merosakkan ukhwah yang terjalin.

Justeru, ini adalah tips atau cara untuk mematikan perbualan topik politik pada Hari Raya Aidilfitri.

  1. Tukar Topik Dengan Santai

Bila ada yang mula cakap pasal politik, cepat-cepat alihkan kepada topik lain yang lebih ringan, seperti:

“Eh, kuih raya ni sedap! Siapa yang buat?”

“Dah pergi mana bercuti lepas raya ni?”

“Tahun ni ada trend baju raya warna apa eh?”

  1. Buat Lawak atau Gurauan

Kadang-kadang, humor boleh selamatkan keadaan. Contohnya:

“Haa, kalau bincang politik ni, kang jadi macam debat Parlimen kat rumah ni!”

“Raya ni kita bincang duit raya je, politik letak tepi dulu.”

  1. Alih Fokus kepada Perkara Positif

Cuba tarik perhatian kepada topik yang menyatukan, bukan memecahbelahkan:

“Macam mana perkembangan kerja/bisnes sekarang?”

“Anak-anak sekolah macam mana? Ada cerita menarik?

  1. Guna Teknik ‘Agree to Disagree’

Kalau dah terperangkap dalam perbualan politik, cuba neutral:

“Masing-masing ada pandangan sendiri, yang penting kita hormat pendapat orang lain.”

“Kita fokus pada yang boleh kita kawal, yang lain serah pada yang berwajib.”

  1. Jujur Tapi Berhemah
    Kalau semua tak jalan, terus terang saja:

“Saya cuba kurangkan borak pasal politik, takut nanti jadi panas pula.”

“Saya sebenarnya tak ikut sangat perkembangan politik sekarang, tapi saya suka dengar pandangan orang lain.”

Apa yang penting, cuba kawal suasana supaya tetap harmoni. Hari raya adalah masa untuk eratkan silaturahim, bukan bergaduh pasal politik! Selamat Hari Raya!

Related Posts

Persidangan Hikayat Panglima Nikosa angkat semula warisan kesusasteraan Melayu

KUALA LUMPUR – Hikayat Panglima Nikosa, karya yang diiktiraf sebagai novel Melayu terawal diketahui di dunia, terus diberi pengiktirafan apabila Persidangan Kebangsaan Hikayat Panglima Nikosa berlangsung di Balai Seminar Tun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang ramai bermalam di Dataran Putrajaya

PUTRAJAYA – “Merdeka, merdeka, merdeka.” Itu antara laungan anak kecil di Dataran Putrajaya kerana teruja dan bersemangat menyambut Hari Kebangsaan 2025, pada Ahad. Keterujaan serta semangat setiap rakyat berbilang bangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz