Islam bukan milik Pas, Malaysia MADANI bukan slogan kosong

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulang naratif lama bahawa semua masalah masyarakat majmuk hari ini berpunca daripada penjajah, kononnya hanya ‘Islam versi Pas’ yang mampu menjadi penyelesaian melalui tulisan terbaharu beliau dalam kolum Minda Presiden Pas yang disiarkan di akaun Facebooknya. Hakikatnya, hujah ini bukan sahaja ketinggalan zaman, malah penuh dengan percanggahan.

Ya, benar penjajah meninggalkan cabaran kepada negara kita. Tetapi setelah lebih enam dekad merdeka, Malaysia berjaya membina asas perpaduan dan kemajuan melalui Perlembagaan, dasar pembangunan nasional dan semangat kontrak sosial. Rakyat Malaysia tidak lagi mahu hidup dalam bayangan penjajah atau retorik ketakutan yang sengaja dimainkan.

Malaysia MADANI bukan retorik, tetapi kerangka jelas

Abdul Hadi cuba memperlekeh Malaysia MADANI dengan melabelnya sebagai ‘slogan kosong’. Tetapi realitinya, Malaysia MADANI berdiri di atas enam rukun utama – kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan. Inilah dasar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan semua kaum, agama dan wilayah mendapat manfaat.

Apakah Abdul Hadi lupa bahawa prinsip ihsan, hormat, dan kesejahteraan adalah nilai Islam itu sendiri? Bezanya, Kerajaan MADANI membawa nilai ini ke semua rakyat, tanpa mengira warna kulit atau parti politik.

Hak Melayu terpelihara, keadilan sosial diperkukuh

Pas sering menakut-nakutkan rakyat kononnya hak Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan. Namun hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tetap kekal. Apa yang dibawa oleh Malaysia MADANI ialah usaha mengurangkan jurang antara kaum, supaya semua bangsa merasa adil dan terbela.

Adakah salah jika rakyat India miskin dibantu? Adakah dosa jika anak-anak Cina daripada keluarga B40 diberi peluang pendidikan? Inilah maksud keadilan sosial yang sebenar – Melayu terus diperkasa, tetapi bangsa lain juga tidak dipinggirkan. Itulah semangat Islam sebenar yang menolak kezaliman dan diskriminasi.

Reformasi bukan ancaman, tetapi jalan menghapus rasuah

Abdul Hadi menyerang cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan alasan ia ‘agenda penjajah’. Hakikatnya, PBT adalah mekanisme untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat tempatan, memastikan pembangunan bandar lebih adil dan menghapuskan rasuah.

Pas yang kononnya menentang rasuah, tetapi bila berdepan reformasi, terus menolak kerana takut kehilangan kuasa. Inilah wajah hipokrasi politik yang sebenar.

Islam bukan milik Pas

Abdul Hadi berulang kali menggunakan ayat al-Quran untuk menggambarkan bahawa Islam hanya boleh ditegakkan melalui tafsiran politik Pas. Tetapi Islam bukan milik Pas. Islam adalah rahmatan lil ‘alamin rahmat untuk semua, bukan alat politik untuk menakutkan rakyat dan mengekalkan kuasa.

Kerajaan Malaysia MADANI juga berpaksikan Islam, tetapi dalam bentuk inklusif, adil, dan berpandangan jauh. Islam yang membina, bukan Islam yang menghukum. Islam yang merangkul semua bangsa, bukan Islam yang hanya berlegar dalam ceramah politik penuh kebencian.

Pas menjual Retorik, MADANI membawa harapan

Artikel Hadi Awang tidak lebih daripada ulangan retorik lama menyalahkan penjajah, menakut-nakutkan rakyat, memperlekeh usaha kerajaan, dan memonopoli tafsiran Islam.

Sementara itu, Malaysia MADANI hadir sebagai kerangka nyata untuk membawa kemajuan, mengangkat keadilan sosial, merapatkan jurang antara kaum, dan memulihkan integriti politik negara.

Rakyat tidak lagi mahu hidup dengan politik kebencian. Mereka mahu solusi nyata. Dan solusi itu ada dalam Malaysia MADANI bukan dalam retorik sempit yang dijual Pas.

“Berat nanang Ayoh Chik, mende tuler je duk main retorik, padahal Pas satu mende pun takdok ‘track record’ pentadbiran baik, Terengganu pah ceroh naik bil air, sapoh tokleh urus, berjebok jebok dalam tong, bahang di anjing kucing berai tengah jalan.”

Related Posts

Sasaran 16 DUN Pas cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

MELAKA – Sasaran Pas Melaka untuk bertanding sehingga 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat sebagai langkah signifikan yang mula mengubah dinamika agihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

ISTILAH ‘jenayah kopiah putih’ kini semakin menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia merujuk kepada kegiatan penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang berselindung di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong