Intipan 48 jam bongkar ganja RM108,500 disorok di sempadan

PADANG BESAR – Usaha risikan selama 48 jam oleh polis berjaya membongkar cubaan menyeludup dadah jenis ganja bernilai RM108,500 yang disorok dalam semak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, rampasan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik selepas menemui bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan berhampiran tiang elektrik DKTM BKC 48, Pos BKC 7, kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Pemerhatian dilakukan selama dua hari dan mendapati tiada sesiapa datang mengambil bungkusan tersebut. Pemeriksaan lanjut menemui 35 peket plastik lut sinar berisi dedaun kering disyaki ganja seberat 19.25 kilogram,” katanya.

Menurut beliau, dadah itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dan boleh digunakan oleh lebih 19,000 penagih jika berjaya diedarkan ke pasaran tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyeludupan dadah bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang