Institusi pendidikan platform bahasa etnik, pupuk kebersamaan dalam negara

PUTATAN – Institusi pendidikan diharapkan menjadi platform kepada bahasa etnik bagi memupuk kebersamaan dalam negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau mengharapkan agar sekolah akan menjadi platform kepada bahasa-bahasa etnik berkembang bagi membentuk kebersamaan dalam pentadbiran negara. 

“Saudara-saudari negara kita ini adalah tentang kebersamaan wilayah-wilayah yang ada di dalamnya dan jika ada yang mahu bercerai dan berpisah maka negara ini akan berpecah, Persekutuan ini tidak bergerak ke hadapan.

“Kebersamaan kedua adalah kebersamaan etnik, etnik Melayu, Cina, India, Tatana, Kadazan, Rungus, Lotud, Bajau dan sebagainya. 

“Jika ada etnik yang mahu berpisah maka sudah tentu negara ini sangat sukar untuk ditadbir.

“Jadi saya melihat kebersamaan ini sebagai satu justifikasi yang kuat untuk sesiapa pun yang duduk dalam kerajaan itu memastikan setiap etnik ada penghormatan daripada pemerintah melalui sektor pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Bengkel Penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Etnik di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, institusi pendidikan sama ada di sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi mempunyai peranan penting bagi memastikan kejayaan inisiatif ini.

“Kita semua bersetuju integrasi nasional perpaduan bermula daripada sekolah, sebab itu saya katakan kepada rakan di Kabinet, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bahawa ini sangat penting bukan untuk etnik itu sahaja tetapi kepada negara.

“Tahun lepas kita telah mengambil inisiatif perbincangan dengan Menteri Pendidikan dan beliau setuju diputuskan ada satu jawatankuasa khas yang akan memantau dan meneliti syor-syor dan perjalanan pelaksanaan bahasa etnik ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan penuhnya terhadap usaha memperkasakan bahasa etnik seperti yang dilakukan melalui bengkel tersebut.

“Termasuk kepada bengkel yang diadakan hari ini, saya percaya Yayasan Bank Rakyat berasa bangga kerana dua tahun menjadi sebahagian daripada program pembangunan bahasa etnik (selaku penaja) mereka dapat menghargai bahawa Malaysia ini adalah kebersamaan pelbagai etnik.

“Jadi kita perlu memperkayakan anak-anak dengan bahasa etnik, maka kita berbangga Malaysia ini ‘is truly Asia’.

“Di Sabah ini, empat bahasa yang sedang diperjuangkan oleh semua kita iaitu Kadazan, Rungus, Lotud dan Tatana, maka dengan sokongan penuh yang saya boleh berikan ini diharap dapat memastikan usaha ini dapat dijayakan di sekolah.

“Saya akan maklumkan Menteri Pendidikan dalam mesyuarat minggu hadapan bagi menyusuli perbincangan tahun lepas untuk menjayakan usaha ini dan saya harapkan sokongan rakan-rakan di Jabatan dan Kementerian Pendidikan kerana institusi pendidikan kita merupakan asas kepada kebersamaan negara,” ujarnya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat