Inkues: Pengetua nafi ucap ‘tak payahlah buat laporan’ sambil belai tangan ibu Zara

KOTA KINABALU – Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha, yang tampil sebagai saksi ke-47 dalam Inkues Zara Qairina, Shaharoom Hashim menafikan dakwaan bahawa beliau membelai tangan ibu mangsa ketika pertemuan di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 16 Julai lalu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa kehadirannya hanyalah untuk memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat laporan polis berhubung insiden membabitkan pelajar tersebut.

Menurut kenyataan bersama peguam kepada ibu Zara, yang diketuai Shahlan Jufri; Rizwandean M Borhan; Mohd Syarulnizam Mohd Salleh; Mohd Luqman Syazwan Zabidi; Farrah Nasser dan Elhanan James, pada 16 Julai 2025 sekitar pukul 10.17 pagi, saksi menafikan ada membelai tangan ibu Zara dan berkata kepada ibu Zara ‘tak payahlah buat laporan, Ketua Warden dah buat laporan polis’.

“Pada hari tersebut, saksi cuma berjumpa ibu Zara di hospital dan ibu Zara ada bertanya kepada saksi tentang cadangan orang terdekat sama ada dia patut buat laporan polis.

“Saksi berkata dia cuma memberitahu ibu Zara ‘pihak sekolah sudah buat laporan polis’,” katanya, pada Selasa.

Jelasnya, menurut saksi, pihak sekolah ada membuat siasatan dalaman mengikut SOP 137 sedia ada dan siasatan dalaman dikendalikan oleh Unit Disiplin bersama Unit Bimbingan Kaunseling serta para warden asrama.

“Saksi berkata mereka memanggil semua pelajar puteri (perempuan) dan bertanya secara lisan apa yang berlaku pada 15 Julai 2025.

“Saksi berkata dia tidak tahu atau pasti sama ada siasatan dalaman ini ada menggunakan SOP jelas yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, saksi berkata, siasatan dalaman tersebut adalah lebih untuk mengetahui apa yang berlaku malam itu sahaja.

“Saksi tidak mengetahui secara terperinci laporan siasatan dalaman kerana laporan tersebut di bawah kawalan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Asni Marjan.

“Saksi turut tidak mengetahui mengenai keputusan siasatan dalaman kerana sibuk dengan tugas pentadbiran sekolah lain antaranya fokus kepada laporan kepada PPD, KKM, PDRM dan juga fokus penyelarasan program lain seperti trauma kepada pelajar dan guru lain,” kata peguam berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan itu menjelaskan, saksi berkata bahawa laporan lisan siasatan dalaman menyatakan ada perjumpaan di antara pelajar senior dan Zara dan juga pelajar dorm Zara pada malam 15 Julai 2025.

“Saksi tidak mengetahui terperinci selain daripada pelajar senior memarahi Zara pada malam kejadian,” katanya.

Sementara itu, saksi turut memberitahu berkenaan arahan tutup akses telefon awam selama 48 jam adalah bukan keputusannya, sebaliknya keputusan Ketua Warden.

“Saksi menyatakan bahawa sepanjang beliau memegang jawatan pengetua di sekolah tersebut, dia sendiri tidak pernah menerima aduan mengenai isu buli atau masalah disiplin berkaitan pelajar.

“Saksi tidak pasti jika ada aduan dikemukakan kepada petugas pihak sekolah lain,” ujarnya.

Kata saksi lagi, Zara tidak pernah membuat aduan mengenai apa-apa masalah peribadi atau konflik dengan individu lain kepada pihak sekolah.

“Saksi juga baru mengetahui hal pintu almari Zara rosak selepas mendapat laporan dari Ketua Warden selepas hari kejadian.

“Saksi berkata dia tidak tahu mengenai peraturan khas yang ditetapkan dalam bilik dorm Zara oleh pelajar senior Ketua Dorm Zara.

“Saksi berkata sebarang peraturan tersebut perlu disemak dan diluluskan oleh Ketua Warden,” ujarnya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak