Industri pengeluaran ferroalloy wujudkan peluang baharu– Abang Johari

KUCHING – Industri pengeluaran ferroalloy mampu mewujudkan peluang eksport untuk Sarawak

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarikat industri ferroalloy Sarawak, OM Sarawak mempunyai teknologi yang mampu mengurangkan pelepasan sulfur dan oksida dalam proses penghasilan.

“Saya difahamkan ferroalloy banyak mengeluarkan sisa dalam proses penghasilan yang mampu mengeluarkan produk lain.

“Dengan teknologi yang kita miliki, berbagai-bagai produk lain seperti wayar berteraskan silikon yang tahan lasak dapat dihasilkan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-10 OM Sarawak di sebuah hotel pada Selasa.

Selain itu, Abang Johari turut mencadangkan agar OM Sarawak menghasilkan wayar kalsium agar dapat mengaplikasikan ekonomi ‘circular’.

“Kerajaan Sarawak berusaha membangunkan jalan penyuap bagi menghubungkan kawasan pedalaman kepada jalan utama dan memerlukan bahan mentah daripada penghasilan sampingan ferroalloy bagi mengeraskan jalan,” kata beliau.

Tambah beliau, OM Sarawak mesti ada pelan jalan menggunakan ferroalloy sebagai asas dan kemudian membangunkan rantai hiliran untuk produk lain yang akan mampan dan mungkin suatu hari nanti dapat mengeksport hasil sampingan ferroalloy ke luar negara.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu