Suspek kes culik kanak-kanak di Johor ditahan semula

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan membuat tangkapan semula ke atas salah seorang suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di kediamannnya di Kulai susulan penemuan beberapa bahan pornografi dewasa, sex toys serta bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

“Hari ini, kita sahkan membuat tangkapan semula ke atas suspek lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan berhubung kejadian culik di kawasan Eco Galeria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, suspek kelima itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu, tangkapan kali pertama dilakukan ke atas suspek pada 23 Julai, kira-kira jam 4.45 pagi, di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berkenaan di lokasi tersebut.

Susulan penahanan tersebut, suspek direman selama tujuh hari sebelum disambung enam hari lagi di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak -kanak 2017.

Tempoh reman suspek yang keseluruhannya selama 13 hari itu tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat, pagi tadi.

Sementara itu, empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman selama empat hari sehingga 26 Julai lalu, dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan