Industri kreatif pacu ekonomi digital, Sabah berpotensi jadi hab kreatif di Malaysia Timur 

KOTA KINABALU – Industri kreatif kini bukan sekadar hobi atau bidang sampingan sebaliknya muncul sebagai salah satu sektor bernilai tinggi yang menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pada tahun 2024 sektor kandungan kreatif menyumbang hampir RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berkembang sekitar tujuh peratus setahun.

“Lebih 70 peratus pembikin kandungan digital ialah anak muda berusia antara 18 hingga 35 tahun.

“Dari pembikin filem pendek, pereka visual, editor video, hingga ke pencerita TikTok dan Instagram Sabah kini menjadi suara segar dan tulen dalam dunia kreatif negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif Serta Penyerahan Surat Tawaran Dana Pemangkin Generasi MADANI.

Jelasnya, dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) beliau optimis Sabah berpotensi muncul sebagai hab kreatif serantau di Malaysia Timur.

Mengulas mengenai Dana Pemangkin Generasi MADANI, beliau berkata ia adalah usaha kerajaan dalam membantu pembikin muda menghasilkan karya yang menonjolkan perpaduan  dan keharmonian masyarakat, identiti serta jati diri bangsa dan nilai-nilai positif Malaysia MADANI.

“Sebagai usaha memperkasa industri kandungan tempatan, dana ini dibuka kepada dua kategori penghasilan karya kreatif iaitu telemovie atau dokumentari dan kategori filem pendek atau dokumentari pendek.

“Menerusi dua kategori tersebut, dana ini menyasarkan penghasilan 15 telemovie atau dokumentari dan 40 filem pendek atau dokumentari pendek dengan potensi mewujudkan 1,250 peluang pekerjaan serta memperkukuh daya saing industri kreatif tempatan,” ujarnya.

Sebagai rekod sebanyak enam permohonan dana telah diluluskan di Sabah dengan jumlah pembiayaan RM900,000 yang telah surat tawarannya pada program sama.

Katanya, ia merangkumi telemovie, dokumentari dan filem pendek yang dijangka mewujudkan 130 peluang pekerjaan baharu.

Tambanya, Sabah menjadi negeri pertama yang menganjurkan Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif, sebuah inisiatif dibawa Program belia Kreatif Komuniti MADANI yang diperkenalkan melalui belanjawan 2025 dengan peruntukan RM12 juta bagi siri latihan modal insan di seluruh negara.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat