Industri akuakultur serlah potensi jadi sandaran keterjaminan makanan negara

PONTIAN – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, turun padang meninjau perkembangan industri akuakultur di Pekan Nenas, Pontian dengan melawat operasi ternakan ikan milik AR Aqua Farming.

Lawatan tersebut memberi gambaran jelas terhadap potensi besar sektor akuakultur negeri Johor yang semakin berkembang, khususnya dalam pengeluaran ikan hiasan bernilai tinggi seperti arowana emas dan merah.

Menurut beliau, usaha gigih pengusaha tempatan seperti Abdul Razak yang telah mengusahakan projek tersebut sejak 2001 wajar dijadikan contoh dalam memperkukuh industri makanan negara.

“Ini bukan projek kecil. Kawasannya lengkap dengan hatcheri, kolam arowana dan kolam air tawar berskala besar. Malah, syarikat ini juga merupakan antara pembekal utama ikan keli dan patin untuk pasaran borong di sekitar Johor,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil maklum pelbagai cabaran yang dihadapi pengusaha termasuk isu fasiliti, ancaman haiwan liar seperti memerang, serta kesan bencana banjir yang boleh menjejaskan stok induk arowana.

Tambahnya, penggunaan teknologi moden seperti sistem tenaga solar dan pam air yang lebih efisien perlu diberi perhatian bagi membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan daya tahan industri.

“Sektor akuakultur ini sebenarnya sangat luar biasa potensinya. Tahun lalu sahaja, pengeluaran mencecah hampir 29 ribu tan metrik dengan nilai lebih RM796 juta,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sokongan kepada pengusaha tempatan bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan negara serta memperkasa ekonomi rakyat.

“Kita bukan sahaja mahu bekalan makanan sentiasa mencukupi, tetapi juga mahu ekonomi rakyat terus berkembang melalui sektor ini,” ujarnya.

Lawatan tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan industri akuakultur negara terus berkembang mampan dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi.

Related Posts

RM850,000 transformasi Dataran Guillemard, bakal jadi hotspot pelancongan baharu

Oleh: Ekin Rosli TANAH MERAH – Sebanyak RM850,000 diperuntukkan bagi menaik taraf Dataran Guillemard sebagai usaha memperkukuh sektor pelancongan tempatan. Peruntukan itu melibatkan sumbangan RM350,000 daripada kerajaan negeri dan RM500,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kepadatan murid ditangani, SK Bandar Putra 2 dibuka berperingkat

KULAI – Usaha memperkasa sektor pendidikan terus menjadi keutamaan apabila lawatan turun padang dilaksanakan bagi meninjau kesiapsiagaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra 2 yang dijadual mula beroperasi secara berperingkat tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM850,000 transformasi Dataran Guillemard, bakal jadi hotspot pelancongan baharu

RM850,000 transformasi Dataran Guillemard, bakal jadi hotspot pelancongan baharu

Malaysia sedia bina ekosistem AI, kurangkan kebergantungan luar

Malaysia sedia bina ekosistem AI, kurangkan kebergantungan luar

Isu kepadatan murid ditangani, SK Bandar Putra 2 dibuka berperingkat

Isu kepadatan murid ditangani, SK Bandar Putra 2 dibuka berperingkat

Industri akuakultur serlah potensi jadi sandaran keterjaminan makanan negara

Industri akuakultur serlah potensi jadi sandaran keterjaminan makanan negara

Tewaskan Brentford, United selangkah ke Liga Juara-Juara musim depan

Tewaskan Brentford, United selangkah ke Liga Juara-Juara musim depan

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat