Import beras dari Pakistan bantu selesai isu kurang bekalan

PUTRAJAYA – Cadangan kerajaan mengimport beras putih dari Pakistan adalah kaedah berpotensi bagi menoktahkan kemelut berhubung harga dan bekalan beras putih untuk pasaran tempatan.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

“Saya bersama Perdana Menteri ke Pakistan baru-baru ini dan mereka meminta kita untuk beli 100,000 tan metrik beras putih melalui 28 pengeksport yang bersedia menjualnya kepada kita.

“Setakat ini saya telah maklumkan cadangan ini kepada Bernas melalui keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ia masih belum dimuktamadkan,” katanya melalui panggilan video secara langsung di Dewan Taman Mewah Fasa 1 di Bukit Gantang hari ini.

Pada 3 Oktober lalu, Anwar sewaktu sesi lawatan kerja di Pakistan menjelaskan kerajaan bersedia membeli 100,000 tan metrik beras daripada kerajaan pimpinan Shehbaz Sharif, namun kajian lanjut perlu dilakukan.

Anwar dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa selain beras, turut diberi perhatian adalah pengimportan daging dari negara itu.

Syed Abu Hussin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau mempertahankan cadangan mewujudkan satu gred harga beras putih bagi mengelak manipulasi harga beras putih tempatan.

Katanya, cadangan itu akan dibangkitkan pada sidang Parlimen akan datang bagi memastikan masalah berhubung manipulasi beras putih tempatan dapat dimuktamadkan.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang