Kapsyen PM ‘New Year clean up’, foto tolak kereta sorong pikat reaksi positif netizen

PERKONGSIAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim fotonya menolak kereta sorong menerusi media sosial miliknya, hari ini memikat pelbagai reaksi positif daripada warga maya.

Gambar yang dikongsikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Facebook, dengan kapsyen ‘New Year clean up’ mendapat lebih 28,000 reaksi, 3,700 komen dan mendapat hampir 700 perkongsian.

Sebahagian netiezen menyifatkan hantaran itu mempunyai mesej mendalam yang mahu disampaikan Perdana Menteri, selain terdapat pengguna media sosial memuji seruan tersebut yang membawa kepada gaya hidup sihat.

“Ada maksud yang tersirat tu Datuk Seri, terbaik… semoga PMX sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mampu mentadbir negara dengan baik,” kata Ahmad di komen Facebook Perdana Menteri.

“Maksud yang mendalam tu. Semoga PMX sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan baik selalu. Amin,” luah Azmi Jaafar.

“Lain macam posting Datuk Seri. Apapun, selamat tahun baru PMX. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus meneraju negara,” kata Alex.

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mengambil kesempatan berkongsi ucapan Selamat Tahun Baharu kepada Perdana Menteri dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

“Selamat Tahun Baru 2025. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah semuanya, serta di beri kesihatan yang terbaik dalam memacu Malaysia ke arah lebih baik lagi,” ucap Nana.

“Selamat Tahun Baru 2025 PMX. Semoga di tahun baru kita semua diberikan kesihatan serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” kata Mohd Raziq Hidayat.

Difahamkan, Perdana Menteri hari ini meluangkan cuti umumnya sempena tahun baharu bersama ahli keluarga.

Related Posts

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan