Kakitangan awam dilapor hilang, ditemui lemas di Sg Julau

SARIKEI – Seorang kakitangan awam yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Julau ditemui lemas oleh pasukan menyelamat yang meneruskan operasi pencarian petang tadi.

Mayat Muhamad Ikram Imran, 26, dijumpai pada jam 7.51 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Operasi mencari bersama agensi lain berusaha mencari di sekitar tebing sungai serta melakukan carian dengan kaedah selaman oleh Unit Khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Sibu.

“Mayat mangsa akhirnya berjaya dijumpai 50 meter dari lokasi terakhir dan mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden kira -kira 11.30 pagi itu mangsa yang dilaporkan memancing bersama-sama dua lagi rakannya dipercayai jatuh ke sungai ketika sedang berusaha melepaskan pancing yang tersangkut.

Menurut Nicholas, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.45 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pencarian.

“Operasi turut dibantui polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum menemui mangsa,” jelasnya.

Related Posts

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

BUKIT MERTAJAM – Enam individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan bersubahat melakukan jenayah penipuan dalam talian pada 13 Mei lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM