Imbau perjuangan bersama, Anwar puji semangat setiakawan Timor-Leste

DILI – Hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste tidak hanya terhad kepada aspek diplomatik semata-mata, malah berpaksikan persahabatan yang lama terjalin sejak era perjuangan bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya pada majlis makan malam anjuran Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão di sini malam tadi, Anwar berkata, hubungan akrab kedua-dua negara terbina hasil ikatan silaturahim yang telah wujud sejak puluhan tahun lalu.

“Ramai sahabat saya dari wilayah ini yang pernah bersama dalam menghadapi ujian dan kesusahan, tanpa menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan duduk bersama merangka kerjasama dua hala yang lebih kukuh,” katanya.

Perdana Menteri kini berada di Timor-Leste dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari.

Anwar menegaskan bahawa asas hubungan erat antara Malaysia dan Timor-Leste adalah semangat persahabatan yang utuh, yang disulami dengan nilai setiakawan, kasih sayang dan saling menghormati.

“Semangat setiakawan, kasih sayang… dibalas dengan baik. Dan rakyat Malaysia sayangkan Timor-Leste,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, sokongan Malaysia terhadap Timor-Leste sentiasa berpandukan nilai-nilai sejagat seperti kehormatan insan, demokrasi dan rasa hormat antara satu sama lain – nilai yang dikongsi bersama oleh kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Ramos-Horta dan kepimpinan Timor-Leste atas layanan mesra yang diterimanya, yang menurutnya mencerminkan bukan sahaja hubungan diplomatik, malah juga ikatan persaudaraan antara rakyat kedua-dua negara.

Timor-Leste dijangka menyertai ASEAN secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, Oktober ini – penyertaan yang terus mendapat sokongan padu daripada Malaysia.

Turut hadir pada majlis makan malam tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat