Ikan bilis sudah dituduh, bagaimana dengan jerung yang tertinggal? – Albert

KOTA KINABALU – Ahli perniagaan, Albert Tei meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila tujuh daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) belum dituduh ke mahkamah walaupun bukti yang kukuh telah diserahkan.

Soalnya, adakah dua orang ADUN yang dituduh itu tidak mempunyai rantaian atau kabel yang kuat berbanding tujuh ADUN yang lain.

“Hari ini saya telah dituduh, jadi saya ingin bertanya ikan bilis sudah ditangkap, dituduh. Bagaimana dengan jerung-jerung yang tertinggal tu.

“Dua orang saja dituduh. Bagaimana dengan tujuh orang lagi? Terutamanya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Saya telah serahkan segala buktinya kepada SPRM. Malah, YB yang lain belum dituduh termasuk Menteri dan Speaker.

“Semua bukti yang saya serah kepada SPRM lagi kukuh daripada dua ADUN ini. Jadi, kenapa pilih ini dua orang? Adakah dua orang ini kabel tidak kuat,” katanya semasa sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah, di sini pada Isnin.

Tambahnya, beliau tidak takut dan sanggup mendepani semua tuduhan demi menuntut keadilan di mahkamah.

“Mungkin mereka rasa sangat gembira kerana mereka ingat dengan cara ini boleh tutup mulut saya.

“Saya beritahu semua, saya tidak berasa takut langsung terhadap tuduhan di mahkamah. Saya akan menuntut keadilan di mahkamah. Jangan mereka fikir, dengan cara ini mereka tekan saya,” katanya.

Albert turut meragui tindakan SPRM yang didakwa lambat bertindak meskipun laporan telah dibuat sejak sembilan bulan lalu. 

“Dari awal bulan 10, tahun lepas, peguam saya beberapa kali pergi ke SPRM dan hantar surat dua kali.

“Kita ada pengesahan peguam membuat laporan kepada SPRM. Hadir ke SPRM tiga kali untuk buat aduan. Kenapa sampai hari ini sampai hujung bulan enam baru tuduh dua orang. 

“Dalam lapan sembilan bulan ini, apa SPRM buat? Saya ingin tanya adakah susah sangat nak siasat YB YB ini?,” soalnya.

Beliau turut menghantar surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan kes ini.

Katanya, beliau juga sebagai seorang pengadu dan pemberi maklumat, serta orang muda terus tampil ke hadapan dalam membanteras rasuah.

“Kalau bukan generasi kami, siapa lagi? Siapa berani? Jadi hari ini kerajaan, SPRM telah memberikan satu isyarat yang beracun kepada seluruh masyarakat Malaysia apabila kita menentang orang-orang besar malah, pendedah akan dibebani sehingga ke mahkamah hari ini.

“Jadi siapa lagi berani tampil di depan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk menjadi saksi sekiranya terjadi sesuatu terhadap beliau maka ianya perlu dikaitkan dengan mereka.

“Jadi saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi hari ini jika saya mengalami sebarang musibah selepas ini, saya dibunuh atau diculik, saya hilang secara tiba-tiba cari sepuluh orang itu sebab saya tiada musuh dengan sesiapa selain daripada sepuluh orang itu,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM