Ibu bapa perlu awasi penggunaan media sosial anak-anak bawah umur – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan kebimbangan susulan kes melibatkan seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar beberapa kiriman imej dan mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan bawah umur, baru-baru ini.

Fahmi menyeru agar ibu bapa, khususnya dalam kalangan warga Kementerian Komunikasi, mengambil langkah segera untuk memantau serta mengehadkan akses anak-anak terhadap media sosial.

“Ini perkara yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat kita dan saya sangat-sangat risau anak-anak kecil yang mungkin tidak tahu, tidak faham penggunaan media sosial, mereka memandang tinggi kepada para pempengaruh tapi seolah-olah pempengaruh ini ada yang mungkin didakwa mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, timbalannya Teo Nie Ching serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Sebelum ini penyanyi dan aktivis, Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej di media sosial yang didakwa berbaur lucah dihantar oleh seorang pempengaruh kepada remaja perempuan bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran di akaun Instagramnya, Caprice dihubungi ibu remaja terbabit yang meminta bantuan selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Fahmi turut menggesa agar ibu bapa memastikan anak-anak bawah umur 13 tahun menyahaktifkan akaun media sosial sebagai langkah pencegahan awal, sejajar dengan garis panduan umur minimum yang ditetapkan oleh kebanyakan platform digital.

“Perkara ini sangat saya kesali, saya minta supaya ibu bapa untuk meminta anak-anak mereka menyahaktifkan akaun media sosial sekiranya mereka bawah usia 13 tahun,” katanya.

Beliau berkata, aplikasi seperti WhatsApp menetapkan umur minimum 16 tahun, namun pempengaruh terbabit dipercayai menggunakan platform itu untuk menghubungi mangsa bawah umur.

Fahmi menegaskan bahawa akses pengguna bawah umur aplikasi tersebut masih longgar dan kerajaan akan meneliti langkah memperketat kawalan termasuk verifikasi umur dan pengesahan identiti.

“Jadi di sini kita akan teliti beberapa langkah yang mungkin perlu kita ambil untuk aktiviti verifikasi ataupun pengesahan identiti untuk mengelak daripada kanak-kanak terutamanya menjadi mangsa kepada ‘sexual predators’,” katanya.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar