‘Stok sifar’ bagi bekalan, peralatan perubatan penting di Gaza – WHO

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran bahawa kebanyakan bekalan perubatan di Gaza telah habis dan hampir separuh daripada ubat penting termasuk ubat tahan sakit dan antibiotik tidak lagi tersedia sementara 51 trak agensi sedang menunggu kelulusan untuk memasuki wilayah itu.

Menurut Pengarah Kecemasan Serantau WHO untuk Mediterranean Timur, Dr. Ahmed Zouiten menyatakan sebanyak 43 peratus ubat penting kini berada pada tahap stok sifar, selain 64 peratus bekalan perubatan dan 42 peratus vaksin ketika taklimat media Persatuan Wartawan Bertauliah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ACANU) di Geneva.

Menurut WHO, pesakit yang menghidap penyakit kronik dan yang mengancam nyawa termasuk kegagalan buah pinggang, kanser, gangguan darah dan penyakit kardiovaskular adalah antara yang paling terjejas.

Pengarah Serantau WHO untuk Mediterranean Timur, Dr. Hanan Balkhy, mengesahkan sekatan berterusan terhadap bahan-bahan yang menyelamatkan nyawa. 

 “Tiada trak WHO yang telah berjaya masuk ke Gaza setakat ini. Lima puluh satu trak WHO berada di Arish dan Tebing Barat sedang menunggu kelulusan untuk masuk

”Bayangkan seorang pakar bedah perlu merawat tulang yang patah dengan peralatan yang sangat minimum tanpa ubat bius, tanpa bahan pembasmi kuman, tanpa kemudahan untuk mensterilkan peralatan.

”Anda perlukan cecair IV, kanula, jarum, dan kain balut. Itu hanyalah keperluan asas. Semua ini tidak wujud dalam kuantiti dan jumlah yang mencukupi,” katanya, lapor Anadolu.

Beliau turut memberi amaran mengenai kesan terhadap pesakit yang menghidap penyakit kronik.

“Walaupun dalam masa konflik dan peperangan, masih ada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit mental yang memerlukan rawatan.

“Semua jenis ubat asas, mereka sedang berjuang untuk mendapatkan keperluan paling asas,” tambahnya.

Tentera Israel terus menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata dan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak Oktober 2023 yang mengorbankan hampir 54,000 rakyat Palestin di mana kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.








Related Posts

PBB kutuk Rejim Zionis ceroboh UNRWA
  • SitiSiti
  • January 16, 2026

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Khamis mengecam keras tindakan Israel di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, susulan apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan menyalahi undang-undang ke atas premis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ruang udara Iran kembali dibuka

TEHRAN – Iran membuka semula ruang udaranya selepas penutupan hampir lima jam di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), yang memaksa syarikat penerbangan membatalkan, mengubah laluan atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA