Ibu bapa, penjaga jangan normalisasikan anak bawah umur memandu kenderaan

PUTRAJAYA – Ibu bapa disaran untuk tidak menormalisasikan perilaku membiarkan anak-anak di bawah umur memandu kenderaan, berikutan dampak dan risikonya sangat besar sehingga mengakibatkan kematian.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, keperluan untuk setiap penjaga agar sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak, khususnya apabila mereka keluar daripada rumah.

Menurutnya, pihaknya memandang serius dua kes membabitkan remaja bawah umur yang didakwa memandu kereta dan menunggang motosikal milik ahli keluarga terdekat seperti dilaporkan media serta tular di media sosial baru-baru ini.

“Kes yang lazimnya berlaku di kawasan pinggir bandar dan luar bandar ini bukan saja boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain malah boleh mengancam nyawa pejalan kaki di kawasan sekitar.

“MCPF melihat punca kepada berlakunya kes sebegini adalah disebabkan kurangnya pemantauan dan pengawasan daripada individu lebih dewasa terutama ibu bapa dan penjaga,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayub berkata, MCPF mendapati rata-rata ibu bapa di kawasan pinggir bandar dan luar bandar cenderung membiarkan anak mereka mengendalikan kenderaan bermotor tanpa pengawasan.

Lebih membimbangkan, katanya, kebanyakan kanak-kanak yang menunggang motosikal dan memandu kereta ini langsung tidak menitikberatkan aspek keselamatan, seperti tidak memakai topi dan tali pinggang kaledar serta membawa kenderaan tersebut secara melulu.

“Kesalahan tersebut jelas melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kita menghargai usaha seorang wanita yang telah merekod dan melaporkan kes membabitkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang memandu Perodua Viva di sebuah taman perumahan di Puchong pada 29 Julai lalu kepada pihak berkuasa.

“Langkah seperti  itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga masyarakat supaya terus melaporkan kepada pihak berkuasa dan bukan menularkan kes-kes yang berlaku melibatkan kanak-kanak di media sosial.

Tegasnya, tindakan seperti itu adalah bertentangan dengan peruntukan subseksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Terbaharu, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan ditemukan lemas dalam tali selepas motosikal roda tiga ditunggang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terjatuh ke dalam tali air sedalam tiga meter di Kampung Tok Belian, Bachok pada 9 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mariam Afeeya Abdul Hakim meninggal dunia di lokasi kejadian kerana lemas di dasar tali air sebelum diselamatkan anggota bomba.

“MCPF berpendapat, jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing, tragedi hitam yang menimpa bayi Mariam Afeeya tidak akan berulang lagi,” katanya.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau